MELALUI fasa kehidupan baharu sebagai seorang ibu tunggal bukan hal mudah buat penyanyi Kaka Azraff.Meskipun reda menerima hakikat perkahwinan yang dibina berakhir dengan perceraian, Kaka atau Nor Atiqa Noor Azraff, 37, berkata dia masih cuba menyesuaikan diri, termasuk dalam menguruskan kerjaya serta keluarga. "Tak mudah untuk lalui semua ini. Orang nampak saya seorang yang ceria, tapi apabila bersendirian, terfikir juga bagaimana untuk teruskan hidup.Pesanan Ella (kanan) buat Kaka lebih bersemangat. "Apa yang berlaku memberi satu perubahan besar dalam hidup saya. Sekarang semua kena buat sendiri. Menjadi ibu tunggal bukan satu perkara yang saya pernah fikirkan sebelum ini."Namun saya bersyukur kerana ada orang sekeliling yang sentiasa bertanya khabar dan menghulurkan bantuan. Saya pun tak sangka apabila keluar menghadiri majlis, ada yang bertanya dan menunjukkan keprihatinan," katanya ketika dihubungi mStar.Kaka dilaporkan sah bercerai talak dua dengan Adam Azriff pada 5 Jun lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018.Hasil perkongsian hidup itu pasangan terbabit dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Aslan, 6, Aryan, 5, dan Atta Adam, 3 tahun.ARTIKEL BERKAITAN: Kaka Azraff sah cerai talak dua ARTIKEL BERKAITAN: Hubungan kembali goyah, Kaka Azraff tunggu waktu sesuai umum status rumah tanggaBercerita lanjut, Kaka enggan kisah duka yang berlaku menjejaskan perjalanan kerjaya seni dan jadual hariannya sebagai seorang ibu.Malah, dia turut berkongsi kata-kata semangat daripada ibu saudaranya iaitu penyanyi Ella yang berpesan, setiap yang berlaku mempunyai hikmah tersembunyi."Saya kena teruskan hidup, tak boleh nak bersedih terlalu lama. Tak elok untuk terus meratapi apa yang terjadi. Ini takdir yang tertulis dan saya telah berdamai dengan apa yang dilalui."Kalau sedih lama-lama, tak boleh nak cari makan. Sekarang sebagai ibu tunggal, pendapatan semuanya bergantung pada diri sendiri. Saya tukarkan kesedihan itu menjadi kekuatan.Kaka akui tidak mudah melalui fasa perceraian. "Ella juga selalu berpesan agar bersangka baik dengan Allah. Kata-kata itu yang membantu saya memujuk hati ini. Allah tidak akan menguji seseorang dengan sesuatu yang kita tidak mampu hadapi," jelasnya.Dalam perkembangan lain, Kaka berkata, dia sedang menyiapkan video muzik bagi lagu yang pernah diterbitkan dalam album sulungnya berjudul MPT yang dilancarkan pada Januari lalu.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!