suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Amylea Azizan tak suka ‘tunggang‘ isu media sosial, yakin kerjaya lancar tanpa kontroversi

Amylea jaga nama baik dalam industri seni.

PENYANYI Amylea Azizan enggan terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan namanya dan memilih untuk tidak terlalu mengikut trend di media sosial demi mengejar populariti.

Bagi Amylea, 40, setiap selebriti mempunyai cara tersendiri untuk terus dikenali dan baginya memadai berkongsi perjalanan kerjaya seni dengan peminat yang sentiasa memberi sokongan.

"Saya tak suka nak 'tunggang' mana-mana isu di media sosial. Menjadi viral di media sosial itu adalah pilihan masing-masing dan tiada salah atau betul.

Amylea lebih fokus kongsi perkembangan kerjaya. 

"Kalau boleh saya mahu elakkan komen negatif, selain orang berkata atau mendoakan perkara buruk.

"Buat masa sekarang saya tidak akan buat sesuatu hanya untuk viral. Tetapi tidak tahulah pada masa akan datang. Buat masa sekarang biarlah saya menjadi Amylea seperti yang orang tahu," katanya kepada mStar.

Menurut Amylea, apa yang lebih penting baginya ialah setiap lagu yang dihasilkan mendapat sambutan yang baik daripada peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Amylea Azizan sedang kenal seseorang, segala kesedihan sudah berlalu... Kongsi sebab ambil masa dedah kisah perceraian 

ARTIKEL BERKAITAN: Amylea hampir putus asa, 20 tahun bakat tak dipandang... Kecewa dengan diri sendiri

Bahkan, penyanyi itu yakin perjalanan seninya akan terus berjalan lancar meskipun tanpa kisah sensasi yang menjadi bualan ramai.

"Mungkin lagu saya tak hit, tetapi mendapat putaran yang baik di platform penstriman. Tidak ada istilah tenggelam sebab semuanya berjalan mengikut perancangan.

"Sesebuah lagu itu menjadi viral bergantung kepada nasib dan populariti seseorang artis. Saya ini tiada kontroversi, jadi hanya karya lagu sahajalah yang saya persembahkan," ujarnya.

Amylea rancang konsert rai 21 tahun dalam kerjaya seni. 

Dalam perkembangan kerjaya, Amylea baru sahaja selesai mengadakan Amylea Azizan X Quarto Live Showcase 2.0 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada 25 Julai lalu.

Mengidamkan untuk mengadakan sebuah konsert, baginya persembahan sebelum ini juga menjadi satu bentuk promosi sempena meraikan ulang tahun ke-21 pembabitannya dalam industri seni.

"Nak buat konsert bukan mudah, namun perancangan itu memang ada. Jadi, showcase sebelum ini adalah salah satu cara saya mengumpulkan peminat terlebih dahulu sebelum mengadakan konsert," kongsinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain