PELAKON dan usahawan Syida Melvin mendedahkan isu tunggakan hutang membabitkan syarikat bersama suami, Mohamad Syafiq Azim Shaheen masih belum menemui jalan penyelesaian walaupun pelbagai usaha telah dilakukan.Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 30, berkata dia kini menyerahkan sepenuhnya perkara itu kepada peguam sivil selepas perbincangan yang diadakan sejak Mei lalu gagal mencapai kata sepakat. "Sebenarnya isu itu belum diselesaikan cuma saya menyerahkan kepada peguam sivil untuk berbincang dengan dia (suami). Syida menyerahkan kepada peguam untuk tindakan selanjutnya."Saya sudah bagi peluang untuk selesaikan perkara ini dengan baik tetapi dia enggan melunaskan hutang-hutang syarikat atas nama saya kerana kami ada syarikat bersama. "Sampai sekarang saya masih tak dapat hak saya dan sehingga kini isu berkaitan masalah dan hutang syarikat masih tergantung," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Syida berharap segala urusan termasuk syarikat yang dibangunkan bersama dapat ditamatkan sekiranya kemelut rumah tangga mereka berakhir dengan perceraian.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Syida Melvin tidak suci, tangguh lafaz cerai 12 Ogos iniARTIKEL BERKAITAN: Dah macam pengemis, Syida Melvin terpaksa tanggung hutang syarikat... Dikejar bank gara-gara tak bayar tunggakan rumah"Saya rasa cukup sampai sini saja. Kemelut rumah tangga kami mungkin selesai (bercerai) selepas ini, sudah tiada apa-apa ikatan. "Syarikat bersama itu juga saya harap sampai di sini saja, disebabkan itu masalah-masalah sebelum ini masih belum dapat diselesaikan. "Saya kini dalam usaha untuk menyelesaikan semua masalah ini (perniagaan) melalui peguam kerana perbincangan yang dibuat dari Mei sampai Ogos masih tiada sebarang tindakan," ujarnya. Saya sudah bagi peluang untuk selesaikan dengan baik tetapi dia enggan melunaskan hutang-hutang syarikat. SYIDA MELVINPELAKONSebelum ini, Syida pernah berkongsi tentang isu hutang tertunggak melibatkan sebuah syarikat di bawah namanya.Syida mendakwa segala usaha untuk meminta suaminya melunaskan hutang tersebut gagal apabila masih tertunggak sehingga kini. Pada Khamis, peguam yang mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah memaklumkan prosiding lafaz cerai ditangguhkan pada 12 Ogos berikutan plaintif dalam keadaan tidak suci.Perkongsian Shida sebelum ini yang dimuat naik di Instastory miliknya.Pada Disember tahun lalu, Syida dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor. Untuk rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!