PELAKON Norreen Iman tidak dapat menahan sebak apabila menerima maklum balas positif daripada seorang individu yang tidak dikenali selepas menonton filem lakonannya berjudul Mikael Pemburu Dua Alam.Meluahkan rasa terharu, Norreen, 32, turut berkongsi tentang perjalanan kerjaya seninya yang bermula dengan watak sampingan sebelum diberi kepercayaan membawa karakter lebih penting dalam sesebuah karya. "Perjalanan saya tidak mudah. Saya bermula dalam industri dengan watak kecil-kecil. Tak kisah pun berapa bayaran yang diterima. Saya tak pernah buat masalah dengan orang.Norreen menunjukkan mesej daripada peminat yang tidak dikenali. "Bila terima mesej macam itu, saya sangat berbesar hati," katanya.Norreen berkata demikian dalam sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Khamis.Lebih membanggakan pelakon itu, individu berkenaan dipercayai bukan berbangsa Melayu dan tidak menetap di Malaysia.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah lama nak bebaskan diri” - Norreen Iman bangkit daripada hubungan toksik, tak mahu lagi tangisan ARTIKEL BERKAITAN: [V] “Biar lelaki je menang“ - Norreen Iman kunci mulut isu peribadi, enggan dedah punca luahanMalah, Norreen turut berseloroh mengatakan hasil kerjanya kini sudah mendapat perhatian di peringkat antarabangsa."Gembira ada orang mesej beritahu dia tengok Mikael. Dia dari Melbourne, Australia dan bukan orang Melayu. Dia beritahu cerita itu best. Saya berbesar hati dan menangis."Orang antarabangsa tengok filem kita," ujarnya.Lakonan Norreen mendapat pujian. Menerusi tangkap layar yang dimuat naik, individu berkenaan mengakui dia merupakan salah seorang peminat Norreen.Malah, dia turut memuji bakat Norreen sebagai seorang pelakon dan pelawak yang berjaya membawa watak komedi dalam filem berkenaan.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!