MAHKAMAH Sesyen Kuala Lumpur pada Khamis memerintahkan usahawan Datuk Seri Adenan Abu atau Datuk Red bersama syarikatnya iaitu ADN Properties Sdn Bhd dan seorang lagi individu, Hasmy Abu Hassan membayar sejumlah RM1.4 juta kepada 17 pembeli tanah.Perintah itu adalah berhubung kes saman sivil mengenai dakwaan kes perdaya dalam urusan penjualan lot tanah di Sungai Semungkis, Hulu Langat, Selangor tujuh tahun lalu. Hakim Mahkamah Sesyen Siti Fatimah Talib memerintahkan kesemua kos itu dibayar secara bersama atau berasingan.Mahkamah memerintahkan untuk membayar kesemua kos itu secara bersama atau berasingan.Beliau turut memerintahkan Adenan dan ADN Properties membayar ganti rugi teladan sebanyak RM170,000 kepada semua plantif terbabit.Bagaimanapun, semua defendan termasuk Adenan tidak hadir pada prosiding yang dijalankan itu. Siti Fatimah dalam penghakimannya berkata, ADN Properties membuat suatu perjanjian jual beli induk dengan Hasmy bagi memperoleh tanah berharga RM1.8 juta.Bagaimanapun hak milik tanah terbabit tidak pernah dipindahkan kepada ADN Properties dan harga belian induk tidak dijelaskan sepenuhnya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tak nak keruhkan keadaan“ - Datuk Red terkilan Adira, anak-anak tak hadir majlis resepsiARTIKEL BERKAITAN: Datuk Red dedah bakal nikah Julai depanBeliau berkata, mahkamah mendapati Adenan adalah pengawal sebenar operasi dalam urus niaga ADN Properties.Katanya, mahkamah mendapati penipuan terhadap plaintif berlaku melalui satu siri representasi dan penyembunyian fakta material."ADN Properties melalui ejennya dan Adenan menggambarkan bahawa ADN ialah pemilik atau tuan punya tanah itu mempunyai hak nyata untuk menjual lot tertentu dan mampu membina milik lot tersebut dalam tempoh yang dinyatakan dalam SPA (Perjanjian Jual Beli)."Fakta material yang tidak didedahkan sepenuhnya ialah ADN bukan pemilik berdaftar, harga belian tanah induk belum selesai, urusan pusaka dan kelulusan tanah belum sempurna, dan ADN belum berada dalam kedudukan untuk menjamin pindah milik lot tertentu," katanya.Beliau berkata, mahkamah turut mendapati ADN telah melakukan kemungkiran asas.Datuk Red bagaimanapun tidak hadir semasa perbicaraan tersebut. "ADN telah menerima harga penuh tetapi gagal menyerahkan hak dan janji dan gagal memulangkan kembali wang yang diterimanya kepada pembeli-pembelinya."Kemungkiran ini menyentuh keseluruhan tujuan kontrak kerana plaintif berhak menamatkan transaksi dan mendapatkan semula harga belian," katanya.Katanya, mahkamah selanjutnya mendapati Adenan tidak dipertanggungjawabkan semata-mata kerana beliau juga seorang pengarah."Beliau ialah pelaku aktif yang mengawal ADN, menandatangani perjanjian jual beli, mengetahui hak milik dan pembayaran induk belum sempurna, terus menjual lot dan tidak memulangkan wang yang diterima dari plaintif."Representasi bahawa ADN mampu menyampaikan lot dibuat sekurang-kurangnya secara melulu tanpa peduli, sama ada representasi itu benar. Susulan itu 'tort dispute' iaitu pertikaian undang-undang sivil akibat perbuatan salah dibuktikan terhadapnya," katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!