suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Biar lelaki je menang“ - Norreen Iman kunci mulut isu peribadi, enggan dedah punca luahan

SUSULAN luahan pelakon dan pempengaruh Norreen Iman di Threads yang mengundang pelbagai persoalan dalam kalangan netizen, aktres itu memilih untuk tidak berkongsi secara terperinci mengenai isu sebenar yang sedang dihadapinya.

Menurut Norreen atau Norreen Iman Abdullah, 32, hantaran di media sosial hanyalah luahan perasaan dan bukan bermaksud dia mahu membuka aib atau menceritakan segala yang berlaku kepada umum.

“Saya rasa apa yang anda semua tengok dekat sosial media tu, ia rentetan apa yang pernah berlaku sebelum ni.

“Kalau korang tahu perkembangan kehidupan saya, semuanya baik sahaja. Anak saya terjaga, ibu sihat dan rezeki pun okey, Alhamdulillah.

“Apa yang dikongsikan di Threads itu kekal sahaja di situ,” katanya kepada mStar.

Luahan Norreen di Threads mengundang pelbagai reaksi netizen.

Berkongsi lanjut, Norreen berkata dia memilih untuk menyimpan sendiri perkara yang berlaku dalam hidupnya meskipun berdepan pelbagai provokasi daripada pihak tertentu.

“Tapi saya tidak terbuka bercerita apa yang berlaku sekarang pada umum. Kalau ada sesuatu yang provokasi, saya manusia biasa yang ada perasaan.

“Sudah tentu kadang-kadang, saya rasa perlu pertahankan diri, tapi saya serahkan saja pada Tuhan,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Gambar Norreen Iman ‘tanggal‘ tudung bikin netizen keliru

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya dah lama nak bebaskan diri” - Norreen Iman bangkit daripada hubungan toksik, tak mahu lagi tangisan

Ditanya mengenai perkara yang mencetuskan luahan berkenaan, Norreen bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan menyerahkan segala-galanya kepada pihak berkenaan.

“Tak apalah, biar lelaki je menang. Nak menang, ambillah. Biar saya hidup bahagia dengan anak-anak saya.

“Macam sekarang ni pun, awak semua temu bual saya pun, saya berada di lokasi di mana saya perlu bekerja.

“Demi sesuap nasi, sebab hidup di Malaysia tidak semudah itu. Jadi, orang kata apa nak jadi, jadilah,” katanya.

Norreen kini gembira dengan kehidupan baharunya.

Norreen kini gembira dengan kehidupan baharunya.

Dalam pada itu, Norreen berkata dia kini gembira dengan kehidupan yang dilaluinya dan enggan lagi memberi perhatian terhadap perkara-perkara negatif.

Malah, ketika ditanya mengenai perubahan penampilannya yang menjadi perhatian ramai, pelakon itu hanya menjelaskan ia adalah urusan peribadi di antara dirinya dengan Allah.

Sebelum ini, Norreen mencuri perhatian apabila memuat naik satu hantaran di Threads yang mendakwa dia menerima pelbagai provokasi sehingga menimbulkan fitnah terhadap dirinya.

Untuk rekod, Norreen pernah mendirikan rumah tangga dengan personaliti media sosial Razzi pada 2011, namun, mereka sah bercerai pada 21 Mei lalu.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain