suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Teman wanita kemudian, Hussain pilih fokus keluarga dan kerjaya dulu

Hussain mahu fokus kerjaya dan keluarga.

PENYANYI Hussain berkongsi satu hantaran mengenai pendiriannya yang tidak mahu tergesa-gesa dalam mencari teman wanita mahupun pasangan hidup ketika ini.

Menurut Hussain Jamilul Hayat, 23, dia sebaliknya mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada keluarga dan perkembangan kerjayanya.

“Buat masa sekarang, saya pilih untuk fokus pada keluarga dan kerjaya dahulu.

Hantaran Hussain di halaman Threads.

“Mungkin masa untuk bercinta belum tiba, dan saya okay dengan itu,” luahnya menerusi satu hantaran di aplikasi Threads pada Selasa.

Menerusi hantaran sama, Hussain turut meluahkan rasa kasih sayang dan penghargaan terhadap peminat yang tidak pernah henti menyokong perjalanan hidup dana kerjayanya.

“Saya sayang peminat saya, yeay!” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:Peminat risau Hussain makan durian, takut ganggu persembahan

ARTIKEL BERKAITAN:[V] Undian tinggi peminat bawa Hussain ke BigStage pula

Untuk rekod, nama Hussain mula menjadi perhatian semenjak menyertai rancangan realiti Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) bersama bapanya Jamilul Hayat.

Dalam TTMM2, dia membuktikan mempunyai pengaruh yang besar apabila dirinya dan bapa memenangi trofi Manager Paling Perform (MPP) selama lima minggu berturut-turut menerusi undian peminat.

Hussain hargai sokongan peminatnya.

Hussain kemudiannya dipilih sebagai wakil TTMM2 untuk bersaing dalam program nyanyian Big Stage X Rocketfuel pula.

Menerusi rancangan itu, Hussain turut memenangi Rocketstar Of The Week yang juga merupakan hasil undian peminat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain