suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Peminat risau Hussain makan durian, takut ganggu persembahan

Hussain terus mendapat perhatian peminat.

PENYANYI Hussain menerima secara terbuka teguran peminat yang melihat dia seolah-olah tidak memberi tumpuan sepenuhnya sepanjang menyertai program Big Stage X Rocketfuel (BSR).

Memohon maaf jika perkara itu mengundang rasa kurang senang peminat, Hussain, 23, turut berjanji akan sentiasa memberi persembahan terbaik agar tidak mengecewakan mereka yang banyak memberikan sokongan.

"Saya minta maaf, insya-Allah saya akan cuba buat yang terbaik, okey," ujarnya ringkas.

Hussain janji persembahan terbaik buat peminat. 

Hussain menulis perkara tersebut sebagai komen terhadap luahan peminat yang melihat perubahan sikapnya selepas menyertai BSR.

Individu yang juga seorang peminat itu memberitahu dia sudah mula mengikuti perkembangan kerjaya Hussain sejak namanya mula dikenali menerusi penyertaan dalam program Talk To My Manager musim kedua (TTMM2) sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Undian tinggi peminat bawa Hussain ke BigStage pula 

ARTIKEL BERKAITAN: Hussain hilang suara gara-gara 2 biji durian

Sementara itu, menerusi satu komen berbeza, anak kepada penyanyi Jamilul Hayat itu turut memohon maaf kepada peminat susulan sebuah video yang memaparkan dia mengunjungi gerai menjual durian.

Enggan menghampakan peminat, Hussain memberi jaminan dia tidak akan menikmati 'raja buah' itu lagi kerana bimbang boleh memberikan kesan terhadap kesihatannya.

Peminat bimbang kesihatan Hussain terjejas gara-gara makan durian. 

"Maafkan saya, itu hanya content. Alhamdulillah saya tak makan pun. Saya sayang peminat saya," balasnya.

Sebelum ini, Hussain mendedahkan dia berdepan masalah kesihatan sehingga mengganggu persembahannya di pentas akhir TTMM2 akibat terlalu banyak makan durian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain