PELAKON veteran Kismah Johar sebak dan terharu apabila Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman daripada semua pertuduhan yang dihadapinya.Menurut Kismah, 74, penantian yang berlarutan selama enam tahun itu akhirnya berakhir dengan berita menggembirakan buat semua pihak yang sentiasa mengikuti perkembangan kes berkenaan. “Ya Allah, saya sangat terharu dan gembira sekali. Rasa segala kesabaran dan ketabahan sepanjang menunggu selama ini akhirnya terjawab.Kismah sanggup memohon cuti daripada penggambaran demi menzahirkan sokongannya kepada Syed Saddiq.“Sudah lama saya mengikuti perkembangan dia menerusi telefon dan laporan media.“Saya memang yakin kebenaran akan memihak kepada dia. Dia sendiri sentiasa yakin dan berserah kepada Allah. Alhamdulillah, inilah keputusannya,” katanya kepada mStar.Dalam pada itu, Kismah memberitahu dia sudah memohon cuti daripada penggambaran lebih awal semata-mata mahu berada di Istana Kehakiman, Putrajaya bagi mengikuti prosiding rayuan akhir berkenaan.ARTIKEL BERKAITAN: “Sekarang baru boleh fikir nak ikat bunga telur, sebelum ini tiada mood” - Ibu Syed Saddiq ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah lega, sejak awal yakin Syed Saddiq tak bersalah... “Dia sangat jujur, baik dan amanah”Katanya, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk memberikan sokongan moral kepada Syed Saddiq pada hari penting tersebut.“Mereka (rakan-rakan artis) ada penggambaran. Kebetulan hari ini saya cuti. Kalau tidak, saya pun berada di lokasi penggambaran Gerak Khas.“Memang daripada awal saya dah maklumkan kepada pembantu pengarah sebab saya mahu datang memberi sokongan,” jelasnya.Dalam pada itu, Kismah turut berharap segala urusan Syed Saddiq bersama tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon Bella Astillah, akan dipermudahkan sehingga mereka disatukan sebagai suami isteri.Syed Saddiq (tengah) dibebaskan daripada semua pertuduhan berkaitan dana ARMADA.“Harap semuanya dipermudahkan. Semoga mereka terus bersatu,” ujarnya.Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas rayuan akhir pihak pendakwaan ditolak.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube