suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Sekarang baru boleh fikir nak ikat bunga telur, sebelum ini tiada mood” - Ibu Syed Saddiq

IBU kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz memberitahu dia kini sudah boleh memberikan sepenuh perhatian terhadap persiapan majlis perkahwinan anaknya dengan pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Menurut Sharifah, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini sengaja menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.

"Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Sekarang barulah boleh fikir hendak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.

"Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.

Ibu sentiasa di sisi Syed Saddiq sepanjang berdepan kes mahkamah. 

"Bayangkan jika keputusan hari ini tidak memihak kepada Saddiq, bagaimana perasaan kami? Saya juga tidak mahu mengecewakan keluarga Bella. Perkara ini bukan berlaku setahun dua, tetapi sudah berlarutan begitu lama," katanya kepada mStar.

Sharifah berkongsi perkara itu ketika ditemui selepas selesai prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya pada Isnin.

Dalam pada itu, Sharifah turut meluahkan rasa syukur kerana anaknya dikurniakan seorang pasangan yang setia berada di sisi ketika melalui detik sukar sepanjang berdepan kes mahkamah.

Bukan sahaja membuktikan kesetiaan dengan kata-kata, sebaliknya sentiasa berada di samping Syed Saddiq ketika susah dan senang.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah lega, sejak awal yakin Syed Saddiq tak bersalah... “Dia sangat jujur, baik dan amanah” 

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa dah bagi ‘green light’, Syed Saddiq boleh fokus perancangan kahwin Bella Astillah

"Apa yang saya boleh katakan, bukan mudah untuk seseorang mendampingi Saddiq. Selama ini dia perlu turun naik mahkamah.

"Saya selalu tertanya-tanya, adakah dia akan bertemu pasangan yang sanggup berkorban dan melalui semua ini bersama-sama? Alhamdulillah, Bella sanggup.

"Sebab itu apabila orang bertanya bila majlis akan diadakan, saya tidak pernah memberikan jawapan kerana hanya menunggu keputusan mahkamah hari ini. Apabila keputusan memihak kepada Saddiq, hati saya sangat gembira," ujarnya.

Tambah Sharifah lagi, dia juga melihat Bella sebagai seorang wanita yang benar-benar memahami dan memberi sokongan kepada anaknya sepanjang tempoh sukar itu.

Sharifah yakin Bella bakal menjadi isteri terbaik buat anaknya. 

“Insya-Allah, dengan izin Allah, mereka akan disatukan. Saya nampak Bella benar-benar berjuang bersama Saddiq. Dia bersama-sama mencari rezeki ketika Saddiq tidak mempunyai peruntukan dan sentiasa memberi kegembiraan kepada anak saya.

“Bagi saya, orang yang mampu membahagiakan anak saya, dialah yang paling layak menjadi bakal menantu saya,” katanya.

Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 34 tahun itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta selepas rayuan akhir pihak pendakwaan ditolak.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu selepas hubungan mereka menjadi perhatian ramai sejak tahun lalu.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Artikel Lain