Syed Saddiq bersyukur dibebaskan daripada pertuduhan dan sudah mendapat restu untuk meneruskan perkahwinan dengan Bella Astillah.
AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman meluahkan rasa syukur apabila bukan sahaja berjaya membersihkan namanya, malah sudah menerima restu daripada ibu bapa untuk meneruskan perkahwinan dengan tunang iaitu Bella Astillah.Menurut Syed Saddiq, 34, sokongan Bella sepanjang tempoh dia berdepan perbicaraan merupakan sesuatu yang tidak akan dilupakan memandangkan ketika itu dirinya masih berstatus pesalah yang disabitkan bersalah. "Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada tunang saya yang setia bersama.ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq berserah kepada takdirARTIKEL BERKAITAN: Bella mohon doa buat Syed Saddiq, Space Dollah yakin adik akan bebas"Bukan mudah kerana sebelum dia bersama saya, saya merupakan seorang pesalah. Ramai yang terlupa perkara itu."Sebelum keputusan rayuan memihak kepada saya, saya merupakan seorang pesalah. Tetapi dia tetap bersama saya dan Alhamdulillah sampai hari ini," katanya kepada mStar.Syed Saddiq berkongsi perkara itu sejurus selesai prosiding rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya pada Isnin.Syed Saddiq bersyukur atas sokongan diberikan oleh ibu dan bapa serta tunang, Bella Astillah.Dalam pada itu, Syed Saddiq enggan mengulas lebih lanjut mengenai perancangan perkahwinan itu kerana menghormati institusi kehakiman."Tadi, selepas saya selesai melakukan sujud syukur, ayah dan ibu sudah memberikan isyarat yang positif dan saya dapat meneruskan langkah selepas ini."Cuma untuk memberikan komen lanjut, mungkin boleh tanya di luar mahkamah kerana saya menghormati institusi kehakiman negara.Ibu bapa Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz dan Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Alsagoff bersyukur dengan keputusan pembebasan Ahli Parlimen Muar itu."Saya tidak mahu perkara ini berkisar tentang diri saya dan kehidupan peribadi saya, sebaliknya saya mahu ia membawa makna yang lebih besar daripada itu. Jadi, bolehlah tanya nanti di luar. Alhamdulillah, lampu hijau sudah diberikan,” jelasnya.Untuk rekod, pada 28 Mac lalu, Syed Saddiq dan Bella mengikat tali pertunangan selepas hubungan mereka menjadi perhatian ramai sejak tahun lalu.Syed Saddiq mahu fokus perancangan perkahwinan dengan Bella Astillah.Terdahulu, Mahkamah Persekutuan membebaskan beliau sepenuhnya daripada sabitan dan hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan serta denda RM10 juta selepas menolak rayuan pendakwaan.Keputusan itu sekali gus mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang sebelum ini membebaskan bekas Menteri Belia dan Sukan itu daripada lima pertuduhan membabitkan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) BERSATU, sekali gus menamatkan episod perundangan yang berlarutan lebih enam tahun.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube