ANAK kepada vokalis kumpulan EYE, Izam iaitu Muhammad Umar Al Faroq, dilaporkan meninggal dunia selepas terbabit dalam satu kemalangan jalan raya pada awal pagi Isnin.Berita duka itu dikongsikan sendiri oleh Izam atau nama sebenarnya Mohd Izam Arshad, 59, menerusi satu hantaran di Facebook.Izam merupakan penyanyi yang popular di era 90-an. "Doakan anak lelaki bongsu saya ya sahabat semua. Dia terlibat dengan kemalangan jalan raya pukul 12 tengah malam tadi dan telah meninggal dunia," katanya. Dalam hantaran sama, Izam turut memaklumkan jenazah Allahyarham kini sedang diuruskan di Hospital Serdang.ARTIKEL BERKAITAN: Izam EYE lalui kehidupan sukar selepas diserang angin ahmar - “Tiga bulan tiada pendapatan... dua rumah sewa, 7 anak nak kena tanggung”ARTIKEL BERKAITAN: Izam EYE diserang angin ahmar, emosi terganggu... “Dia banyak menangis, bimbang menyusahkan kami dan anak-anak”"Jenazah kini masih di Hospital Serdang," ujarnya.Sementara itu, ruangan komen hantaran berkenaan dibanjiri ucapan takziah dan doa daripada orang ramai yang turut menzahirkan rasa simpati serta mendoakan agar Izam sekeluarga dikurniakan ketabahan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!