PENYANYI dan pelakon Bella Astillah hadir seawal pagi ke Istana Kehakiman, Putrajaya pada Selasa bagi memberikan sokongan kepada tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menanti keputusan rayuan akhir kes dihadapinya.Bella yang tiba sekitar pukul 7.55 pagi mengenakan baju kurung berwarna kuning dan ditemani beberapa ahli keluarga. Meskipun menjadi perhatian petugas media, Bella enggan mengulas lanjut mengenai prosiding berkenaan. Bella (dua dari kiri) hadir memberikan sokongan buat Syed Saddiq.Sebaliknya, dia hanya melemparkan senyuman sambil memohon orang ramai mendoakan yang terbaik buat Syed Saddiq.“Doakan,” katanya ringkas.Turut hadir ialah abang Syed Saddiq, Syed Abdullah Syed Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Space Dollah yang tiba secara bersendirian pada pukul 8.12 pagi.ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah jemput orang ramai solat hajat untuk Syed SaddiqARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq tenang menanti keputusan Mahkamah Persekutuan, imbau 6 tahun berjuang tegak kebenaran Ketika ditanya mengenai harapannya terhadap keputusan rayuan itu, Space Dollah meluahkan keyakinan keputusan bakal memihak kepada adiknya.“Saddiq akan bebas,” katanya.Difahamkan, ibu bapa mereka iaitu Syed Abdul Rahman Syed Abdullah Al-Sagoff dan Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz hadir lebih awal, sekitar pukul 7 pagi.Keputusan rayuan akhir Syed Saddiq akan diketahui pada Selasa.Mahkamah Persekutuan dijadualkan memutuskan rayuan akhir pihak pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada empat pertuduhan membabitkan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).Panel tiga hakim yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Seri Abu Bakar Jais bersama Hakim Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah dijangka menyampaikan keputusan pada pukul 9 pagi.Keputusan itu akan menentukan sama ada bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan kekal dibebaskan selepas rayuan pendakwaan ditolak atau diperintahkan menjalani hukuman sekiranya mahkamah membenarkan rayuan tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!