suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bella Astillah jemput orang ramai solat hajat untuk Syed Saddiq

Keputusan rayuan Syed Saddiq (kiri) diputuskan pada 30 Jun ini.

PENYANYI dan pelakon Bella Astillah menjemput orang ramai menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat bagi mendoakan kelancaran urusan tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelang keputusan rayuan kes yang akan diputuskan pada 30 Jun ini.

Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, berkata majlis tersebut akan diadakan di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya pada malam 25 Jun sebagai tanda sokongan terhadap Syed Saddiq.

“Saya berbesar hati untuk menjemput semua yang mengenali kami sama-sama menghadiri majlis solat hajat dan juga doa selamat yang bertempat di Masjid Tengku Kelana Jaya Petra pada 25 Jun ini.

Bella mengajak orang ramai untuk menghadiri majlis solat hajat dan doa selamat.

“Kepada yang bukan Muslim pun boleh datang juga selepas pukul 8.30 malam. Kepada yang lain boleh datang pukul 7 malam dan kita boleh solat Maghrib bersama-sama. Tak sabar nak jumpa semua,” katanya. 

Bella berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya. 

Dalam pada itu, Bella berharap agar Syed Saddiq terus diberikan ketenangan dan keadilan dalam menghadapi proses perundangan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Bella Astillah wanita pertama Syed Saddiq ucap ‘I Love You’, angka ‘448257’ jadi tanda tanya

ARTIKEL BERKAITAN: Syed Saddiq bebas, mahkamah ketepikan sabitan dan hukuman seleweng dana Armada

“Semoga Allah mengurniakan ketenangan, kekuatan dan keadilan buat beliau (Syed Saddiq). 

“Doa, kehadiran anda semua adalah sebagai tanda kasih dan sokongan,” ujarnya. 

Pada 9 November 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mensabitkan Syed Saddiq atas empat pertuduhan dan menjatuhi hukuman penjara tujuh tahun, denda RM10 juta serta dua sebatan.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu berdepan pertuduhan bersubahat menyalahgunakan RM1 juta dana Armada, menyeleweng RM120,000, serta memindahkan wang dipercayai hasil aktiviti haram sebanyak RM50,000 sebanyak dua kali dari akaun peribadi ke akaun ASB.

Bella mendoakan agar urusan Syed Saddiq (kiri) dipermudahkan 30 Jun ini.

Bagaimanapun, pada Jun 2025, Mahkamah Rayuan membebaskan dan melepaskan beliau daripada semua pertuduhan selepas membenarkan rayuannya.

Pihak pendakwaan kemudian memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan, iaitu peringkat mahkamah tertinggi negara.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 30 Jun 2026 sebagai tarikh untuk menyampaikan keputusan muktamad berhubung rayuan tersebut.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain