suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Usahawan dakwa ditipu penerbit dan pelakon popular, mahu tuntut semula RM16,000... Kucing masuk ICU antara alasan tangguh bayar

Dua individu yang sangat dikenali dipercayai liat membayar hutang.

SEORANG usahawan tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan dipercayai membabitkan seorang penerbit dan pelakon wanita terkenal apabila wang dipinjamkan sejak November tahun lalu masih belum dipulangkan.

Lelaki berusia 37 tahun itu berkata dia dan kawannya memberikan pinjaman masing-masing sebanyak RM6,000 dan RM10,000 kepada pelakon berkenaan, selepas dimaklumkan wang tersebut diperlukan bagi urusan berkaitan sebuah karya yang bakal ditayangkan di platform penstriman Netflix.

Menurutnya, wang berkenaan dipindahkan terus ke akaun pelakon itu, namun individu terbabit didakwa menghilangkan diri sebelum gagal memberikan sebarang maklum balas.

Usahawan tersebut membuat laporan polis berhubung isu berkenaan.

"Saya transfer RM6,000 kepada pelakon itu, manakala kawan saya bagi RM10,000. Selepas itu bila saya minta semula duit, macam-macam alasan diberi.

"Dia tak balas mesej, telefon pun tak angkat dan tak nak jumpa saya," katanya kepada mStar.

Menurut usahawan itu lagi, beberapa bulan kemudian seorang penerbit filem yang merupakan sahabat baik aktress itu  menghubunginya menerusi WhatsApp memaklumkan akan menguruskan pinjaman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama kali jadi hero filem, Syazlie Syazz terbuka dikritik

ARTIKEL BERKAITAN: Hussain hilang suara gara-gara 2 biji durian

Bagaimanapun, penerbit wanita  itu hanya memulangkan sebahagian kecil daripada wang dipinjam itu. 

Kata lelaki berkenaan, dia benar-benar memerlukan wang tersebut kerana isterinya mengalami keguguran, namun rayuannya tetap tidak diendahkan.

"Setakat saya hanya mendapat lebih kurang RM2,500 manakala partner saya langsung tak dapat apa-apa,” dakwanya.

Tambahnya lagi, penerbit itu turut memberikan pelbagai alasan bagi menangguhkan pembayaran, termasuk mendakwa tidak dapat membuat bayaran kerana kucing peliharaannya dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Saya nak mereka faham hutang tetap perlu dibayar.

USAHAWAN

"Baru-baru ini dia WhatsApp kata tak boleh buat bayaran sebab kucing dia masuk ICU. Sebelum ini pun macam-macam alasan diberi.

"Saya bukan tak boleh bertolak ansur. Kalau tak mampu bayar sekali gus, datang jumpa saya, bincang dan bayar sedikit demi sedikit pun saya boleh terima," ujarnya.

Dalam pada itu, usahawan itu  memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, namun dimaklumkan ia merupakan pertikaian sivil dan bukannya kes jenayah.

Antara perbualan usahawan berkenaan dengan penerbit.

Dia juga mempunyai bukti transaksi bank, perbualan WhatsApp dan dokumen berkaitan sebagai sokongan terhadap tuntutannya itu.

"Saya dah bagi banyak peluang. Kalau mereka datang minta maaf dan bayar sedikit demi sedikit pun saya boleh terima, tetapi apa yang berlaku mereka terus beri alasan.

"Saya bukan nak buka aib sesiapa, cuma saya nak mereka faham hutang tetap perlu dibayar," katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain