suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Persaingan punca Tajul, Afieq Shazwan renggang?

Tajul (kiri) dan Afieq selesaikan salah faham dengan baik.

TIADA angin tiada ribut, timbul desas-desus mengatakan hubungan persahabatan antara penyanyi Afieq Shazwan dan Tajul kini bergoyang ekoran salah faham yang berlaku ketika mereka terlibat dalam sebuah program.

Menjelaskan perkara itu, Afieq atau Mohammad Shafieq Shazwan Zamros, 28, berkata dia sendiri terkejut apabila mendengar khabar angin berkenaan kerana hubungan mereka masih baik seperti biasa.

"Tak pernah terlintas pun nak bergaduh. Cuma saya sibuk dengan kerja. Kalau ada masa lapang, kami akan keluar lepak bersama.

Tajul (kanan) dan Afieq dikenali pasangan duet paling serasi.

"Sebelum ini pun kami ada keluarkan lagu bersama berjudul Utusan Rindu. Mungkin belum sempat buat persembahan bersama sahaja," katanya kepada mStar.

Terdahulu, tular desas-desus mendakwa faktor persaingan tawaran kerja mencetuskan perasaan kurang senang antara satu sama lain dan salah faham sesama mereka.

Susulan itu, hubungan dua penyanyi ini dikatakan mula dingin dan renggang.

Menurut Afieq, mereka masih meluangkan masa bersama walaupun masing-masing sibuk dengan komitmen kerja.

Malah, dia mengakui dirinya sedang sibuk dengan pelbagai persembahan di luar Lembah Klang ketika ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Afieq Shazwan diganggu sewaktu sertai pertandingan nyanyian, seram jumpa lelaki kepala terbalik

ARTIKEL BERKAITAN: Tajul tak hilang, cuma sibuk urus bisnes bersama isteri... Kerjaya nyanyian jadi ‘back up’

"Dalam dua atau tiga minggu lepas kami ada naik ke Genting Highlands bersama. Sebenarnya kalau ada perselisihan faham sekalipun, kami jenis yang cepat selesaikan.

"Tajul pun kadang-kadang akan hubungi saya dan tanya, 'eh kau okey tak?' Begitu juga saya kalau rasa ada sesuatu yang tak kena," ujarnya.

Sementara itu, Tajul atau Tajul Ariff Noor Md. Shari, 28, mengakui mendengar khabar angin itu, namun katanya perkara tersebut sudah pun diselesaikan.

Tajul akui salah faham bersama Afieq sudah selesai.

"Saya ada dengar juga isu itu, tapi sekarang kami sudah okey. Biasalah, dalam persahabatan kadang-kadang ada sedikit salah faham," katanya.

Tambah Tajul, hubungan mereka masih rapat dan kekal erat seperti biasa.

"Rasanya dua minggu lepas kami ada keluar menunggang motosikal bersama ke Genting Highlands. Sebenarnya isu ini timbul lebih awal daripada itu lagi," jelasnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain