PENYANYI Tajul menafikan dakwaan kononnya dia bersikap memilih tawaran kerja dan hanya menerima bayaran tinggi.
Menurut Tajul, 27, dakwaan itu tidak benar kerana segala jadual kerjanya diuruskan oleh pihak pengurusan dan dia selaku artis hanya mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
“Bukan demand tapi saya tahu nilai diri macam mana sebab kalau saya dibayar untuk hadiri majlis, jadi setiap harga itu memang saya sudah tahu berapa nilainya.
“Saya pernah juga menerima tawaran kerja yang harganya rendah tapi itu bukan keputusan saya untuk menolak sebab semuanya pihak pengurusan yang tetapkan.
“Saya tidak pernah menolak untuk hadiri mana-mana acara atau persembahan yang bajet harganya tidak tinggi, tapi pengurus saya yang akan uruskan semuanya sama ada terima atau tidak tawaran itu,” katanya kepada mStar.
TONTON VIDEO TEMU BUAL YANG DISEDIAKAN MSTAR INI

































































































































































