suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sharifah Husna, Halim Radzi sah bercerai talak satu

Halim dan Husna dah bercerai talak satu.

HAMPIR empat tahun bertahan, rumah tangga pasangan pelakon Sharifah Husna dan Halim Radzi akhirnya runtuh selepas mereka mengesahkan sudah bercerai talak satu.  

Husna, 33, ketika dihubungi mStar mengesahkan berita tersebut sekali gus menamatkan spekulasi sebelum ini. 

"Ya betul, saya sudah bercerai dengan Halim," katanya ringkas pada Isnin.

Menurut sumber terdekat pasangan berkenaan, Halim atau nama sebenarnya Abdul Halim Radzi Sapari, 30, melafazkan talak itu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor selepas masing-masing tiada pesefahaman lagi.

Mereka berpisah kerana tidak ada persefahaman. 

Halim pula ketika dihubungi enggan mengulas lanjut dan hanya menyatakan cerita berkaitan keluarga adalah privasi yang tidak perlu didedahkan kepada umum. 

"Saya kalau boleh tak nak kongsi dan tak mahu komen apa-apa mengenai perkara ini. Memang saya jaga privasi rumah tangga saya. 

"Biarlah mereka nak cakap apa-apa pun sebab kalau saya bercakap sekali pun tiada kesan. Jadi saya pilih untuk tidak berkongsi," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi rakam ‘voice over’ video percutian Sharifah Husna, peminat gembira rumah tangga masih bahagia

ARTIKEL BERKAITAN: Halim Radzi jaga privasi, enggan komen dakwaan rumah tangga bergolak... Video Sharifah Husna pula jadi tanda tanya

Meskipun tarikh sebenar perceraian tidak didedahkan, Husna difahamkan sudah selesai menjalani tempoh iddahnya. 

Pasangan itu setuju untuk berpisah secara baik dan masih mengekalkan hubungan persahabatan sehingga kini. 

Sebelum ini, timbul desas desus mengatakan rumah tangga mereka sedang bergolak apabila Husna memuat naik sebuah video di akaun TikTok yang memperlihatkan dirinya sedang menahan air mata seolah-olah sedang berdepan dengan kemelut peribadi. 

Pasangan ini berkahwin pada 2022. 

Lebih mencetuskan tanda tanya apabila kedua-dua mereka memadam foto bersama di media sosial. 

Untuk rekod, Halim dan Husna mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2022 dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kajang, Selangor.

Dalam perkembangan lain, Husna bakal menjalani sesi penggambaran drama bersiri yang dijadualkan bermula pada hujung Julai depan. 

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain