PELAKON Hisyam Hamid tampil meluahkan rasa kecewa dan marah dengan dakwaan jahat yang menuduh dirinya mengunjungi kediaman Erysha Emyra seperti yang tular di media sosial. Aktor berusia 40 tahun itu menafikan sekeras-kerasnya fitnah itu dan menganggap gosip liar tersebut perkara yang tidak berasas. “Sudah tentu saya rasa kecewa, marah dan tak tahu apa tujuan individu tersebut untuk menjatuhkan dia (Erysha) atau saya," katanya kepada mStar.Hisyam tidak tahu tujuan individu tersebut berbuat demikian. Hisyam memberi penjelasan itu pada sesi promosi drama Ikatan Terlarang di Astro, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada malam Selasa.Malah, Hisyam juga menyifatkan kontroversi itu sebagai sesuatu yang luar biasa sepanjang bergelar anak seni.“Ia (gosip) tidak normal untuk saya sebab tak pernah lagi dapat gosip sebegitu. Tapi mungkin sebab dia (Erysha) datang dari satu generasi yang berbeza, yang lebih kepada media sosial.ARTIKEL BERKAITAN: [V] Wanita misteri mengaku bakal isteri, Hisyam Hamid kekal tenang... Tak fikir ambil tindakanARTIKEL BERKAITAN: “Habiskan belajar dulu baru bercinta” - Pesanan tegas Hisyam Hamid buat anak-anak“Mungkin juga sebab kami tengah bekerjasama (dalam drama) jadi saya pun terjebak sekali. Tapi ia bukan sesuatu yang membuat saya bimbang. Saya menafikan dakwaan tersebut,” ujarnya. Bagaimanapun, jelas bapa kepada dua cahaya mata itu, dia memilih untuk bersikap matang dan enggan membebankan fikiran.“Saya tak jangka akan terlibat dalam kontroversi tapi macam saya cakap ia bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan. “Saya hanya fikir apa yang akan berlaku di hadapan dan akaun tersebut pun dah tak ada,” ujarnya. Ia (gosip) tidak normal untuk saya.HISYAM HAMIDPELAKONMengulas mengenai impak gosip berkenaan, Hisyam menganggap Erysha merupakan individu yang paling terkesan memandangkan fitnah itu terjadi ketika aktres tersebut sedang melalui fasa sukar dalam hidup.“Sudah tentu perkara itu memberi kesan kepada Erysha sebab masa benda itu jadi, saya dekat Singapura dan ayah dia pula dekat ICU (Unit Rawatan Rapi). Jadi sudah tentu ia memberi kesan.“Banyak perkara yang dia sedang lalui. Jadi, bagi saya biarkan saja gosip itu sebab lama kelamaan ia akan hilang sendiri,” jelasnya.Hisyam akui hubungan mereka hanya sebagai rakan. Sementara itu, Hisyam turut berkongsi bahawa hubungan mereka tidak lebih sekadar rakan industri dan teman sekerja. “Kami berkawan dalam dan di luar set juga. Mungkin orang nampak macam saya seorang saja yang pergi kenduri tahlil arwah bapanya tapi sebenarnya ramai saja yang datang.“Perbezaanya kami sekarang tengah bekerjasama dekat set yang sama, jadi mungkin ia menjadi lebih menarik perhatian. Tapi tiada cinta-cinta la. Cinta sayang sebagai kawan dan teman sekerja,” katanya.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!