PEMPENGARUH Marissa Dania Hakim dilihat terus pulang sejurus selesai prosiding pengesahan lafaz cerai dan rujuk melibatkan dirinya dengan bekas suami iaitu Ahmad Aslam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada Selasa.Marissa, 21, bagaimanapun sempat berkongsi dia reda menerima ketentuan Ilahi apabila rumah tangganya bersama Aslam disahkan berakhir. Anak kepada pelakon Abby Abadi itu berkata, dia menerima takdir yang telah ditentukan dan memilih untuk meneruskan kehidupan seperti biasa dengan hati yang terbuka.Marissa menjelaskan dia masih boleh berkawan meskipun tidak lagi menjadi isteri Aslam.“Insya-Allah saya kuat. Saya okay dan reda. “Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini. Doakan saya,” katanya kepada mStar.Apabila diajukan pertanyaan mengenai hubungannya dengan Aslam selepas ini serta sama ada mereka masih boleh berkawan meskipun tidak lagi bergelar suami isteri, Marissa memilih untuk tidak mengulas lanjut.ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah putuskan talak sah, Aslam dan Marissa bukan lagi suami isteriARTIKEL BERKAITAN: Aslam, Marissa Dania tak lagi tinggal sebumbungMalah Marissa juga enggan berkongsi lebih terperinci mengenai perasaannya selain meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.Pada Selasa, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur memutuskan Aslam dan Marissa tidak lagi bergelar suami isteri selepas mahkamah mengesahkan lafaz talak yang dibuat sebelum ini.Menurut peguam syarie mewakili Aslam, Muhammad Ammar Yaser, sekiranya pasangan itu berhasrat untuk kembali bersama, mereka perlu melalui akad nikah yang baharu.Marissa hadir bersama peguam (kanan) ke mahkamah.Untuk rekod, Aslam memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai dan rujuk di mahkamah berkenaan pada 10 Mac lalu.Sebelum itu, pada Mei tahun lalu, Aslam dan Marissa hadir ke mahkamah sama bagi proses pengesahan pernikahan mereka selepas dilaporkan bernikah di Songkhla, Thailand pada 27 Disember 2023.Perkahwinan tersebut menarik perhatian ramai apabila Aslam ketika itu masih berstatus suami kepada Umisya Mazlan, selain didakwa berlangsung tanpa pengetahuan keluarga kedua-dua belah pihak termasuk ibu bapa Marissa.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!