SETIAP hari kita menggunakan detergen mencuci pakaian, malah ada yang menganggap semakin kuat bau wangian pada pencuci, makin bersih dan segar pakaian.Namun, tidak semua bahan kimia yang terkandung dalam produk itu sesuai digunakan secara berlebihan kerana sesetengahnya boleh memberi kesan kepada kesihatan. Menurut pengamal perubatan Dr Wan, penggunaan sabun detergen berisiko menjejaskan hormon badan sama ada lelaki mahupun perempuan.Akui dirinya juga telah lama mempraktikkan penggunaan detergen dalam cucian, beliau walau bagaimanapun tampil menjelaskan sejenis bahan yang boleh menyumbang kepada isu kesihatan."Phthalates bila terlalu tinggi dia boleh kacau hormon testosteron sebab apa dia akan kurangkan jumlah testosteron dan seksual, jadi kalau ada bahan ini kena hati-hati," katanya di laman Threads.Dalam pada itu, sebuah portal agensi menyenaraikan tiga jenis bahan cecair detergen yang perlu diberi perhatian sebelum digunakan.Tidak sekadar menjejaskan pelbagai fungsi tubuh, malah ia juga menganggu metabolisme serta emosi si pemakai.1. PhthalatesPhthalates merupakan sekumpulan bahan kimia yang lazim digunakan dalam pelbagai produk pewangi dan boleh dikaitkan dengan bahan pencuci.Sesetengah kajian membuktikan pendedahan berlebihan kepada phthalates memberi kesan perubahan terhadap tahap hormon dan kesihatan reproduktif lelaki.2. NonyphenolBahan ini digunakan dalam sesetengah produk pencuci bagi membantu menanggalkan kotoran dan minyak daripada pakaian.Namun, nonyphenol juga dikenali sebagai bahan yang berpotensi mengganggu sistem endokrin yang menjejaskan aliran darah dalam badan selain turut berisiko kepada hidupan akuatik dan alam sekitar.3. ParabenParaben pula biasanya digunakan sebagai bahan pengawet dalam pelbagai produk bagi membantu menghalang pertumbuhan mikroorganisma.Namun, dakwaan paraben boleh menyebabkan kanser masih belum disahkan sepenuhnya sebaliknya, ia lebih memberi kesan kepada pertambahan berat badan, perubahan emosi, kitaran haid tidak teratur dan masalah kesuburan serta kulit kusam.Justeru, pengguna disarankan membaca dan menyemak terlebih dahulu label pada detergen sebagai langkah berjaga-jaga dan pilih produk sesuai dengan keperluan.