suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Uchop Ahmad kerat rambut panjang untuk aktif semula, imbau imej lama ketika bertanding ‘Vokal Bukan Sekadar Rupa‘

Uchop menceritakan perjalanan hidup dalam lagu Aku Tekad.

PENYANYI Uchop Ahmad sanggup mengorbankan rambut panjangnya untuk tampil berimej pendek dan lebih kemas sebagai persediaan kembali aktif dalam industri muzik selepas tujuh tahun.

Uchop atau Mohd Yusof Ahmad, 43, berkata perubahan penampilan itu dilakukan berikutan dorongan rakan-rakan yang menyarankan agar dia melakukan sesuatu yang berbeza untuk kemunculan semula.

Menurutnya, imej rambut pendek itu mengingatkan kembali penampilannya ketika menyertai program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa.

Uchop tampil dengan imej baharu.

"Sebelum ini saya tak pernah berambut pendek. Saya juga mendapat banyak kata-kata semangat daripada kawan-kawan yang menasihati untuk melakukan perubahan demi buat comeback. 

"Jadi saya korbankan rambut (potong rambut). Kalau perasan rambut ini sama seperti ketika saya tampil dalam program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa. 

"Cuma saya warnakan rambut untuk cipta identiti baharu. Saya dah tak pakai rantai semua, imej kali ini lebih clean untuk penampilan baharu. Saya harap kali ini dapatlah terbang kembali bersama kawan-kawan seperti Black, Hazama dan sebagainya," katanya kepada mStar. 

ARTIKEL BERKAITAN: Masih aktif menyanyi, Uchop Ahmad tak hilang kerja keras untuk bayar hutang

ARTIKEL BERKAITAN: Uchop & Mar ke final 'Vokal Bukan Sekadar Rupa'

Mengulas mengenai tempoh tujuh tahun menyepi, Uchop berkata dia sebenarnya masih aktif melakukan pelbagai perkara bagi memastikan namanya tidak dilupakan.

"Dalam dunia nyanyian ini sebenarnya saya bukan hanya mahu popular. Walaupun dalam tempoh tujuh tahun itu saya tak ada keluar di stesen TV atau sebagainya, tapi sebenarnya macam-macam benda saya buat. 

"Kalau anda perasan memang macam-macam saya buat, sertai acara permotoran dan buat content di media sosial supaya orang tak lupa. 

"Sebenarnya bagus juga saya tukar penampilan berambut pendek ini, sebab orang ingat semula saya sebagai juara Vokal Bukan Sekadar Rupa. Jadi saya tak terlambat pun nak buat comeback ini," ujarnya yang menjuarai musim kedua program itu.

Dalam perkembangan lain, Uchop  baharu sahaja melancarkan single terbaharu berjudul Aku Tekad yang menjadi simbol kebangkitan semula dirinya dalam industri muzik.

Uchop comeback dengan single baharu Aku Tekad.

Menurutnya, lagu tersebut menceritakan perjalanan hidup, tanggungjawab serta usaha membina kembali keyakinan untuk mengejar impian sebagai penyanyi.

“Aku Tekad menggambarkan perjalanan Uchop mengharungi kehidupan, memikul tanggungjawab dan mencari semula keyakinan sebagai seorang penyanyi. 

"Lagu ini menjadi luahan seorang lelaki yang masih menyimpan impian serta keberanian untuk mencuba sekali lagi. 

"Peluang bersama Aryan Putra Entertainment (APE), dengan sokongan pasukan A*CAP (Archive Capital), memberikan sinar baharu kepada perjalanan seninya," katanya. 

Artikel Lain