PENGGUNAAN media sosial dalam kalangan remaja sering menjadi kebimbangan ibu bapa terutamanya pendedahan kepada kandungan digital tanpa pemantauan.Namun, usaha ibu bapa mengawal penggunaan telefon pintar adakalanya mencetuskan perselisihan faham apabila anak-anak mula merasakan kebebasan mereka disekat. Situasi itu dikongsikan seorang wanita yang mengakui berdepan konflik dengan anak lelakinya berusia 16 tahun selepas dia melarang remaja berkenaan memuat turun aplikasi TikTok.Menurutnya, dia yang merupakan golongan Millennial mengambil keputusan tersebut kerana mahu melindungi anaknya daripada pengaruh negatif media sosial.Penggunaan media sosial tanpa pemantauan boleh menyebabkan remaja terpalit isu negatif. -Gambar hiasan AIBagaimanapun, teguran itu mengundang reaksi di luar jangkaan apabila anaknya bertindak ganas dan meninggikan suara terhadapnya."Dia download TikTok dan aku tak bagi sebab utama memang nak jaga dia, dunia media sosial ini faham-faham sahajalah."Dia marah aku balik, bahasakan diri dia 'aku kau'... Aku apa lagi hayun tangan 360 darjah bagi dua tiga das penampar."Aku tak fikir dah dia ada muay Thai ke tidak sebab aku tidak mahu dia jadi anak kurang ajar. Dia menangis dan keluar dari rumah," katanya.Seorang wanita Millennial berkongsi konflik dengan anak lelakinya berusia 16 tahun selepas dia melarang remaja itu memuat turun aplikasi TikTok kerana bimbang pengaruh negatif media sosial.Anak lelakinya bertindak marah, meninggikan suara dan menggunakan panggilan 'aku' serta 'kau' ketika bercakap dengannya.Hilang sabar dengan sikap anaknya, wanita itu menampar anaknya beberapa kali sebagai tindak balas terhadap perbuatannya.Wanita itu membandingkan pengalaman zaman kecilnya yang didakwa lebih keras apabila pernah dipukul menggunakan getah paip sehingga lebam. Ringkasan ini dijana oleh AITidak hanya itu, wanita itu memberitahu anak lelakinya itu menunjukkan sikap ego dan tidak menegurnya selama dua hari disebabkan marah ditampar.Namun tidak lama kemudian remaja itu akhirnya datang berjumpa dengannya sambil menangis teresak-esak."Kenapa menangis? Dah pergi makan dulu, yang lain kita bincang kemudian."Kali terakhir dia kena rotan dengan saya ketika umur dia 10 tahun. Sekarang umur dia 16 tahun. Kau nasib baik makan penampar mummy kau je," ceritanya.ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh isu wujud perbandingan rupa Gen Z dan Millennials, Yuna Rahim minta netizen bersyukur… “Apa yang penting tak menyusahkan orang lain”ARTIKEL BERKAITAN: Wajah kacak, pemakaian kemas... Wanita terkedu Gen Z datang mohon kerja tak tahu isi borang, keliru soalan kolum ‘jantina’Wanita itu dalam masa sama turut membandingkan pengalaman zaman remajanya yang lebih 'keras' ketika dibesarkan oleh bapanya."Mummy kau dulu bukan penampar yang hinggap dekat muka tapi getah paip! Berbirat satu badan, kena kejar dengan parang keliling rumah, lari duduk rumah jiran seminggu tak boleh balik rumah," katanya.Ruangan komen dibanjiri luahan netizen yang rata-ratanya menyokong tindakan wanita terbabit dalam menerapkan nilai disiplin dan adab anak-anak sejak dari kecil.Pun begitu, mendidik anak tidak seharusnya bergantung kepada kekerasan semata-mata, sebaliknya komunikasi dan pendekatan yang sesuai juga penting dalam membentuk tingkah laku mereka.