Tanggungjawab menjaga anak tidak sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada isteri sahaja. -Gambar hiasan AI
APABILA isteri tidak bekerja, secara automatik segala kos dan perbelanjaan keluarga akan ditanggung oleh suami 100 peratus.Menurut seorang wanita, dinamik hubungannya dengan suami mula berubah selepas dia berhenti kerja, lantas tidak lagi berupaya menyumbang untuk kewangan keluarga. "Aku dah dua bulan berhenti kerja sebab pengurusan syarikat yang toksik. Suami menekan-nekan suruh aku cari kerja. Masalahnya, belum ada yang panggil temu duga.Suami bertanggungjawab menyediakan kehidupan yang selesa untuk anak dan isteri. -Gambar hiasan AI"Suami kata dia stres sebab aku duduk rumah tak cari kerja dan tak bantu dia cari duit. Dia ingat aku duduk rumah ni tak membantu ke? Aku buat affiliate."Aku kena jaga anak kecil 24 jam. Masak untuk dia petang dengan malam. Kemas rumah, baju baju, sidai kain lagi," ujar wanita itu.Menurut wanita itu, suaminya juga tidak mampu untuk membayar upah pengasuh, menyebabkan dia terpaksa menjaga anak mereka buat masa ini.Wanita tular selepas buat luahan hati tentang sikap suaminya.Hubungan mereka semakin terjejas selepas dia berhenti kerja.Suaminya kurang senang melihat dia hanya duduk di rumah.Suaminya juga tidak mampu untuk membayar upah pengasuh anak.Ringkasan ini dijana oleh AI"Dia suruh aku jaga anak sebab dia tak mampu bayar pengasuh. Sebelum ni aku yang bayar masa aku bekerja. Sepanjang kahwin, aku tak pernah merasa nafkah."Tapi selama ini aku terima saja sebab faham keadaan dia. Cuma nak minta dia tolong bersyukurlah sikit," luahnya lagi menerusi hantaran di Threads.Di sebalik alasan mengenai wang dan nafah, wanita itu mendakwa suaminya masih mampu berbelanja sakan dengan membeli pakaian yang mahal.ARTIKEL BERKAITAN: Sepuluh tahun suami pegang gaji, minta beli baju dikata membazir... Wanita akhirnya kena cerai sebab dianggap selekehARTIKEL BERKAITAN: Suami gaji RM4,500 tapi hutang keliling pinggang! Isteri dah penat jadi ‘ATM‘, sampai gadai barang kemas - “Boleh tak nak minta fasakh?”"Kalau nak kata tak cukup duit, setiap bulan dia beli baju RM500 sehelai. Kita ni nak merasa baju RM50 pun fikir banyak kali. Kalau tegur, nanti dia kata suka hatilah sebab tu duit dia," ujarnya.Perkongsian wanita itu turut menerima pelbagai komen netizen, malah rata-ratanya kasihan mengenangkan nasibnya."Jangan sesekali berhenti kerja. Perempuan akan jadi hina bila tak berduit. "Dia memang harapkan isteri bekerja supaya boleh tanggung diri sendiri. Suami macam ni dia tak nak terbeban."Nampak sangat suami kamu dayus," tulis beberapa pelayar Threads.