suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami gaji RM4,500 tapi hutang keliling pinggang! Isteri dah penat jadi ‘ATM‘, sampai gadai barang kemas - “Boleh tak nak minta fasakh?”

Golongan isteri akan turut terkesan apabila pasangannya mempunyai hutang yang bannyak. -Gambar hiasan AI

SEORANG wanita sedang mempertimbangkan untuk memohon penceraian secara fasakh kerana sudah tidak tahan dianggap sebagai mesin 'ATM' oleh suami sendiri.

Bercerita masalah dialami, suaminya terjerat dengan pinjaman peribadi RM120,000 namun tidak mampu membayarnya memandangkan hanya berpendapatan RM4,500 sebulan.

Disebabkan itu, dia terpaksa mengorbankan 70 peratus daripada gaji bulanannya untuk 'membantu' lelaki tersebut melunaskan hutang berkenaan.

Faktor kewangan sering menjadi punca pertelingkahan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan AI

Faktor kewangan sering menjadi punca pertelingkahan antara suami dan isteri. -Gambar hiasan AI

"Boleh tak nak minta fasakh sebab suami banyak hutang? Gaji aku sekitar RM9,000 hingga RM10,000 tetapi hanya bawa balik RM2,000 macam B40!

"Aku pun baru sahaja pajak barang kemas dan sangat tertekan sekarang ini sebab tak boleh nak nikmati kehidupan," luahnya yang bekerja dalam sektor kesihatan.

Apa membuatkan dia tawar hati dan nekad memohon fasakh, suaminya langsung tiada usaha memperbaiki keadaan kewangan yang semakin parah setiap hari.

Sebaliknya, lelaki itu berterusan meminta wang daripadanya bagi melangsaikan hutang yang bukan berpunca daripadanya.

  • Seorang wanita berusia 35 tahun mempertimbangkan untuk memohon fasakh kerana tertekan menanggung masalah kewangan suaminya.
  • Dia mendakwa sudah mengeluarkan kira-kira RM20,000 untuk membantu menguruskan hutang suami.
  • Suaminya mempunyai pinjaman peribadi berjumlah RM120,000.
  • Ibu kepada dua anak itu turut menggugurkan kandungannya selepas mengambil kira beban hutang keluarga dan bimbang tidak mampu menghadapi tekanan.
  • Warga maya bersimpati dengan nasib wanita tersebut dan menasihatinya meneruskan permohonan fasakh sekiranya suami tidak menunjukkan usaha memperbaiki masalah.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata bersimpati dengan nasib dialami wanita tersebut.

Ada di antara mereka menasihatkan wanita tersebut agar duduk berbincang terlebih dahulu dengan suami dan membawa ke pejabat agama jika tiada kata sepakat dicapai.

"Hal berkaitan dengan duit ini sampai rumah tangga sendiri pun boleh berantakan! Tapi cubalah duduk berbincang, luahkan apa yang terbuku di hati.

"Kalau tiada penyelesaian, pergilah ke pejabat agama untuk dapatkan nasihat. Bukan buat keputusan berdasarkan emosi semata-mata," antara komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita hampir masuk ‘jerat’... Bakal suami dipaksa buat loan RM100,000, rupanya keluarga kekasih nak bayar hutang ah long

ARTIKEL BERKAITAN: Suami kantoi kena ‘scam’ RM8,000! Isteri pula didesak langsaikan hutang, rupanya pinjam duit abang sendiri buat pelaburan

Pernah menghuraikan isu serupa, peguam syarie Syazmee Sapian menasihati golongan isteri [Tonton Video] mengetahui hak masing-masing dan melakukan beberapa tindakan sebelum memfailkan penceraian atau permohonan fasakh.

"Kenal pasti tahap hutang suami, kalau masih kerap dan libatkan angka yang sangat besar, pergi kepada keluarga suami dan bincang macam mana nak selesaikan hutang, ini bukan aib.

"Sekiranya masih belum selesai, perkahwinan tidak mencapai matlamat rumah tangga maka isteri boleh failkan apa-apa kes penceraian bagi keluar daripada konflik dialami," jelasnya menerusi hantaran Facebook Syazmee Sapian & Associates.

Artikel Lain