suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Parcel ‘push bike’ anak lesap, lelaki berjaya jejak di rumah jiran... Mak budak selamba bagi alasan jumpa dekat tong sampah

Kehilangan parcel angkara kanak-kanak boleh merenggangkan hubungan jiran tertangga. -Gambar hiasan AI

PARCEL hilang di kawasan perumahan bukanlah perkara baharu, boleh dikatakan sebahagian besar penghuni khususnya di pangsapuri pernah berdepan pengalaman tidak menyenangkan itu.

Seorang wanita berkongsi pengalaman itu apabila parcel mengandungi push bike yang dibeli suaminya untuk anak mereka didakwa hilang selepas dihantar ke kediaman.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya tidak menyedari kehilangan tersebut kerana terdapat satu lagi parcel miliknya di hadapan rumah ketika pulang dari kerja.

"Balik kerja tadi depan rumah ada satu parcel sebab memang ada beli barang. Masa tengah masak, suami telefon tanya push bike anak dah sampai ke sebab dia yang beli.

Kes kehilangan parcel kerana dicuri kanak-kanak bukan perkara baru. -Gambar hiasan AI

Kes kehilangan parcel kerana dicuri kanak-kanak bukan perkara baru. -Gambar hiasan AI

"Saya cakap tak ada, cuma ada satu parcel dan itu barang saya. Suami terus syak kena curi," katanya.

Wanita itu berkata, itu adalah pertama kali mereka berdepan kehilangan parcel walaupun sebelum ini pernah membeli barangan bersaiz besar yang turut diletakkan di hadapan rumah.

Bagaimanapun, sekitar pukul 7 malam, suaminya pulang dan tidak terus masuk ke dalam rumah seperti kebiasaan.

Kira-kira lima minit kemudian, lelaki berkenaan muncul bersama sebuah kotak dan push bike yang didakwa hilang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Hantar beribu parcel, dapat gaji RM230 je! Isteri pekerja kurier berang suami dikenakan penalti tak masuk akal

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran tak mengaku 'peram' parcel tersilap hantar, tergamam lepas 'kantoi' - "Barang saya dah dibuka"

"Saya tanya jumpa dekat mana? Suami cakap dia jumpa di sebuah rumah di tingkat empat.

"Dia nampak kotak yang sama seperti dalam gambar dihantar kurier, tetapi nota penerima pada kotak itu sudah dikoyakkan," katanya.

Curiga dengan keadaan tersebut, suaminya kemudian mengetuk pintu rumah berkenaan sebelum seorang kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun keluar.

Pada masa sama, dia mendakwa terlihat adik kepada kanak-kanak berkenaan sedang bermain dengan push bike tersebut di dalam rumah.

Walaupun berang, suaminya cuba mendapatkan penjelasan dengan bertanyakan kepada kanak-kanak tersebut sama ada barang berkenaan diambil dari hadapan rumah mereka.

  • Wanita mendakwa parcel push bike anaknya hilang selepas dihantar ke rumah.
  • Suaminya menemui kotak parcel sama di sebuah rumah di tingkat empat.
  • Nota penerima pada kotak berkenaan didakwa sudah dikoyakkan.
  • Lelaki itu terlihat seorang kanak-kanak sedang bermain dengan push bike tersebut.
  • Keluarga berkenaan mendakwa barang itu ditemukan berhampiran tong sampah.

Namun, dia mendakwa kanak-kanak itu memberitahu push bike berkenaan ditemukan di kawasan tong sampah.

Lebih mengejutkan ibu kanak-kanak berkenaan turut memberikan jawapan sama sebelum push bike tersebut diserahkan semula kepada suaminya.

"Dia kata jumpa dekat tong sampah. Mak budak itu pun cakap benda yang sama, kemudian mereka terus bagi push bike tersebut.

"Geramnya. Maknya pun seolah-olah membiarkan sahaja perkara itu," luahnya di media sosial.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang mengakui gejala kanak-kanak mencuri parcel amat membimbangkan.

"Sekarang banyak betul kes budak-budak rembat parcel. Mak ayah pula buat tak nampak je anak bawa balik barang yang mereka tak beli.

"Kawasan saya ada satu keluarga jenis biar anak berkeliaran. Habis barang yang ada depan rumah hilang," komen warga maya.

Artikel Lain