suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Menantu terkedu suami bantu mengemas disindir ibu mentua, dianggap macam ‘lembu kena cucuk hidung’

Mentua tidak wajar mencampuri urusan rumah tangga anak menantu. -Gambar hiasan AI

HUBUNGAN antara menantu dan ibu mentua sering kali digambarkan dingin malah perkara kecil dalam rumah tangga juga boleh mencetuskan situasi kurang menyenangkan.

Begitulah pengalaman dikongsi seorang wanita apabila ibu mentuanya datang menumpang di rumah mereka kerana mahu menghadiri kenduri saudara terdekat.

Kejadian pada waktu pagi ketika suaminya sedang membantu membersihkan ruang tamu menimbulkan situasi tegang di antara mereka.

Ibu mentua sering digambarkan suka mencari salah menantu perempuan. -Gambar hiasan AI

Ibu mentua sering digambarkan suka mencari salah menantu perempuan. -Gambar hiasan AI

"Mak mertua tumpang rumah kami sebab nak pergi kenduri rumah sepupu dia. Kebetulan pagi itu suami tengah vakum ruang tamu.

"Mak terus cakap, kenapa kau yang buat? Ke lepas dah kahwin semua kerja rumah kau yang buat?" luah wanita tersebut.

Mendengar pertanyaan tersebut, wanita berkenaan menjelaskan suaminya sememangnya biasa membantunya melakukan kerja rumah terutama ketika hari cuti.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita sebak dapat jadi tetamu Allah... Teringat ibu mentua hina keluarganya miskin, mustahil mampu jejak kaki ke Tanah Suci

ARTIKEL BERKAITAN: Tulis kapsyen rindu suami pun tak boleh! Wanita rimas ibu mentua kawal ‘posting’ media sosial, gambar makanan turut dilarang

Wanita berkenaan mendakwa ibu mentuanya kemudian mengeluarkan kata-kata berbaur sindiran terhadap perubahan anak lelakinya selepas berkahwin

"Dulu, satu kerja rumah pun tak pernah buat! Ke dah jadi lembu kena cucuk hidung?" sindir ibu mentuanya.

Tidak berdiam diri, suaminya kemudian mempertahankan tindakannya membantu isteri yang membuatkan wanita itu berasa lega.

  • Ibu mentua menumpang di rumah anak dan menantu untuk menghadiri kenduri.
  • Dia terkejut melihat anak lelakinya sedang membantu isteri memvakum ruang tamu.
  • Ibu mendakwa anaknya tidak pernah melakukan kerja rumah sebelum berkahwin.
  • Situasi menjadi janggal selepas dia menyindir anaknya sebagai ‘lembu kena cucuk hidung’.
  • Netizen berpendapat ibu mentua mungkin cemburu melihat anak lelakinya rajin membantu isteri.

Jawapan suaminya menyebabkan suasana yang pada awalnya dipenuhi perbualan tiba-tiba menjadi sepi apabila masing-masing memilih untuk berdiam diri.

Perkongsian itu menarik perhatian netizen yang beranggapan ibu mentua wanita itu mungkin cemburu dengan sikap anak lelakinya rajin membantu isteri.

"Orang tua tu cemburu, suami dia pemalas. Anggap dia bibik je. Itu naik angin bila nampak anak dia buat kerja rumah," antara komen warga maya. 

Artikel Lain