BELUM reda kesedihan kehilangan ibu, seorang wanita terpaksa pula berdepan tekanan daripada abang tirinya berhubung rumah pusaka diwarisinya.Ceritanya, abang tiri berusia 40 tahun itu mahu membeli kediaman berkenaan kerana menganggap dia lebih memerlukan walaupun rumah tersebut diserahkan kepadanya. Apa lebih menyakitkan hati, abang tirinya mahu membeli kediaman tersebut daripada dengan 'harga adik-beradik' yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran.Isu harta pusaka boleh menyebabkan hubungan adik-beradik berantakan. -Gambar hiasan AI"Ibu tinggalkan rumah ini kepada saya. Saya sudah menetap di sini seumur hidup."Abang tiri nak beli rumah ini tetapi ‘harga keluarga’ yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran," adunya sayu di Threads.Menurut pengadu, abang tiri yang mempunyai dua cahaya mata itu sudah memiliki sebuah rumah selain turut mewarisi harta pusaka dalam jumlah besar daripada bapanya."Dia mahu beli rumah tersebut kerana merasakan keluarganya memerlukan ruang lebih besar selain beranggapan saya tidak memerlukan rumah dengan saiz itu kerana masih bujang," ujarnya.Seorang wanita ditekan abang tirinya supaya menjual rumah pusaka selepas kematian ibu mereka.Abangnya mahu membeli kediaman itu pada ‘harga keluarga’ yang jauh lebih rendah daripada nilai pasaran.Lelaki berusia 40 tahun itu sudah memiliki rumah, mempunyai dua anak dan menerima harta pusaka daripada bapanya.Konflik bertambah rumit apabila beberapa ahli keluarga menyebelahi si abang serta menuduh wanita itu merosakkan hubungan kekeluargaan.Netizen menasihatinya supaya bertegas, mempertahankan hak dan tidak menjual rumah yang mempunyai nilai sentimental tersebut.Ringkasan ini dijana oleh AITidak cukup dengan itu, abangnya turut mencadangkan agar pengadu menerima sahaja hasil jualan rumah pusaka tersebut dan memulakan kehidupan sendiri di tempat lain.'Idea' tersebut membuatkan hatinya remuk kerana kediaman tersebut mempunyai nilai sentimental yang tiada nilai berbanding wang.Konflik bertambah rumit apabila beberapa ahli keluarga turut menyebelahi abang tirinya selain dia dituduh cuba merosakkan hubungan kekeluargaan hanya kerana enggan menuruti permintaan tersebut."Saya sayangkan rumah ini. Inilah rumah saya dan saya tidak mahu meninggalkannya.ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!ARTIKEL BERKAITAN: Kubur ayah masih ‘merah’, ibu saudara pula sibuk fasal harta... Peguam pesan ‘makcik’ tiada hak, ada anak lelaki sebagai waris"Ibu memilih untuk menyerahkan rumah ini kepada saya atas sebab tertentu," tegasnya sambil cuba mengharapkan pengertian daripada individu berkenaan.Hantaran itu mengundang pelbagai reaksi warga maya dengan rata-ratanya meminta dia bertegas dan tidak sewenang-wenangnya melepaskan hak."Jawapan yang perlu kamu berikan hanyalah ‘tidak’. Itu bukan urusan dia, tindakannya biadab dan segala alasan diberikan langsung tidak relevan."Jika keluarga mengatakan hubungan kamu berisiko musnah hanya kerana sebuah rumah, itu bermakna hubungan tersebut sememangnya tidak wujud," demikian reaksi warga maya.