suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

[V] “Guru, hentikan guru!” - Ramai terlopong sangka lelaki kahwin 3 serentak, rupanya ini hal sebenar di masjid

Amirul Farhan mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu bersama pasangannya, Nurul Hidayah.

MELIHAT video diri sendiri tiba-tiba tular di media sosial pastinya boleh membuatkan sesiapa sahaja cemas dan berdebar-debar.

Pengalaman itulah yang dirasai pengantin baharu, Mohd Amirul Farhan Mohd Fauzi, 23, selepas rakaman majlis akad nikahnya pada Ogos lalu mencuri perhatian sehingga menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen.

Mana tidaknya, video berkenaan memaparkan Amirul duduk di hadapan jurunikah sambil 'ditemani' tiga pengantin perempuan, sekali gus menyebabkan ramai menyangka dia bakal bernikah dengan ketiga-tiga wanita tersebut serentak.

"Guru! Hentikan guru! Bukan satu, bukan dua tapi tiga woii," demikian hantaran bersama video dan gambar yang tular di beberapa media sosial.

Di media sosial, frasa “Guru, hentikan guru!” sebenarnya satu meme tular yang berasal daripada audio sebuah video parodi.

Ia digunakan bagi melambangkan reaksi terkejut, panik, cemas, atau mahu menghalang sesuatu yang dianggap 'terlampau jauh' atau luar biasa daripada terus berlaku.

Tampil menjelaskan situasi sebenar, Amirul berkata, terdapat tiga pasangan yang dijadualkan melangsungkan akad nikah di Masjid An-Nur, Pokok Sena, Kedah pada hari berkenaan.

Video suasana di masjid sebelum majlis akad nikahnya menjadi tular di media sosial.

Video suasana di masjid sebelum majlis akad nikahnya menjadi tular di media sosial.

Namun ketika rakaman dibuat, [Tonton Video] dua lagi pengantin lelaki belum tiba di ruang utama kerana masih sibuk melakukan persiapan terakhir termasuklah mengenakan sampin.

Keadaan itu diperhebatkan lagi apabila tiada bantal tempat duduk disediakan untuk pengantin lelaki di hadapan dua pengantin wanita terbabit, sekali gus menampakkan seolah-olah Amirul adalah satu-satunya pengantin lelaki di situ.

"Semasa video itu tular, memang ada sedikit rasa takut. Saya dan isteri bimbang dua lagi pengantin lelaki akan marah atau terasa kerana wajah isteri mereka turut berada dalam video.

"Kami takut orang salah faham apabila melihat saya seorang sahaja berada di situ bersama tiga pengantin perempuan," katanya menjelaskan suasana sebelum majlis akad nikah berlangsung kepada mStar.

Menurut Amirul, dia dan isteri, Nurul Hidayah Md Shamsuri, 26, tiba di masjid kira-kira pukul 8.45 pagi meskipun majlis akad nikah dijadualkan berlangsung pada pukul 9.30 pagi.

  • Amirul berasa takut apabila video akad nikahnya bersama tiga pengantin perempuan tular dan menimbulkan salah faham.
  • Sebenarnya, tiga pasangan dijadualkan bernikah pada hari sama, namun dua pengantin lelaki lain belum tiba kerana masih melakukan persiapan.
  • Ketiga-tiga pengantin perempuan duduk bersama kerana jurunikah mahu mereka mendengar khutbah nikah secara serentak.
  • Amirul membenarkan rakannya mengekalkan video tersebut dengan penjelasan mengenai situasi sebenar sehingga meraih lebih empat juta tontonan.
  • Amirul dan isterinya berkenalan di tempat kerja sebelum bertunang pada penghujung 2025 dan bernikah pada Ogos 2026.

Disebabkan tiba lebih awal, mereka terus masuk ke dalam masjid bagi menunggu urusan pernikahan dimulakan.

"Dua lagi pengantin perempuan turut sampai awal kira-kira pukul 9 pagi dan terus masuk ke dalam masjid.

"Pada hari itu ada tiga pasangan. Tok kadi mahu menghimpunkan kami untuk mendengar khutbah nikah secara serentak, sebab itulah kedua-dua pengantin perempuan terbabit duduk bersama," jelasnya.

Menurut Amirul, rakaman tersebut sebenarnya dimuat naik oleh rakannya sendiri sehingga berjaya meraih lebih 100,000 tontonan dalam masa singkat.

Perkembangan drastik itu membuatkan rakannya terus menghantar mesej peribadi untuk bertanya sama ada video tersebut perlu dipadamkan kerana bimbang dia berasa tidak selesa.

ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka wanita ini bermadu lagi, rela suami kahwin tiga! Katanya nak nikah 4 pun boleh, tapi ini cerita sebenar

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu uzur nak kahwin kali ketiga dengan ‘first love’... Anak berat hati, trauma kenang kejadian lalu

"Apabila tontonan sudah mencecah 100,000, dia tanya saya sama ada mahu biarkan atau padam sebab risau saya marah.

"Saya cakap yang saya okey sahaja, cuma perlu jelaskan keadaan sebenar supaya orang ramai tidak salah faham," ujarnya yang mengambil keputusan untuk membiarkan video tersebut sehingga mendapat lebih 4 juta tontonan pada masa ini.

Dalam pada itu ketika mengimbau kisah cinta dia dan isteri, Amirul mendedahkan perkenalannya dengan Nurul Hidayah bermula ketika mereka bekerja di bawah satu bumbung.

Ketika itu, isterinya bertugas di bahagian akaun dan pembelian, manakala Amirul pula bekerja sebagai ketua pasukan.

Bermula sebagai rakan sekerja, hubungan mereka menjadi semakin rapat selepas sering meluangkan masa dan selesa bersama.

Amirul dan isterinya merupakan rakan sekerja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Amirul dan isterinya merupakan rakan sekerja sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

"Mula-mula kami hanya berkawan. Selepas semakin rapat, saya meluahkan perasaan dan memberitahu bahawa jika dia benar-benar serius, saya mahu membawa hubungan ini ke arah perkahwinan," katanya.

Tidak sampai dua tahun mengenali hati budi, pasangan yang berasal dari Pokok Sena ini mengambil keputusan melangkah ke fasa seterusnya.

Mereka mengikat tali pertunangan pada penghujung 2025 sebelum selamat diijabkabulkan pada Ogos 2026.

Kini, kedua-duanya tidak lagi bekerja di syarikat sama apabila Amirul berpindah ke bidang sumber manusia, manakala isterinya berkhidmat dalam pengurusan program.

Artikel Lain