TIDAK semua anak mampu menerima keputusan ibu atau bapa yang meluahkan untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi selepas mengalami penceraian atau kematian pasangan.Seorang individu memberitahu dia serba salah apabila ibunya menyatakan hasrat berkahwin buat kali ketiga dengan cinta pertamanya. Menurutnya dia tidak menghalang keputusan itu namun dibelenggu trauma akibat pengalaman pahit dua perkahwinan ibunya sebelum ini."Sebenarnya aku okay je tapi aku tak nak meraikannya. Aku dah penat! Aku trauma," luahnya menerusi hantaran di Threads.Ibu dan anak perlu menjaga hubungan baik antara satu sama lain. -Gambar hiasan AIMenurutnya lagi, keadaan kesihatan ibunya yang semakin uzur membuatkan dia bertambah bimbang sekiranya dia berkahwin lagi."Macam mana kalau dia sedih dan susah lagi? Kalau tak kahwin pun, dia memang susah sekarang sebab sakit."Dia tak larat nak jalan jauh, pandu kereta berjam-jam. Kehadiran aku ni sebagai anak memang banyak membantu dia," ujarnya.Pun begitu, dia tidak mahu menjadi penghalang kebahagiaan wanita itu dan benar-benar berharap perkahwinan tersebut yang terakhir buat ibunya.ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bisik, sabar bonda nak nikah” - Ibu nak kahwin lagi, anak baling botol susu pada tok imam... mujur rapat dengan ayah baharu!ARTIKEL BERKAITAN: Ramai sangka wanita ini bermadu lagi, rela suami kahwin tiga! Katanya nak nikah 4 pun boleh, tapi ini cerita sebenar"Saya nak dia jumpa kebahagiaan sendiri. Bukan selamanya menumpang kebahagiaan kami sebagai anak."Aku ikhlas dan reda dia nak kahwin. Aku cuma tidak mahu terlibat dengan majlis sahaja," luahnya lagi.Bagaimanapun, individu itu tidak menjelaskan sama ada dua perkahwinan ibunya sebelum ini berakhir akibat perceraian atau kematian pasangan namun mengakui kedua-duanya meninggalkan kesan trauma.Di ruangan komen, rata-rata netizen meminta individu itu memberi peluang kepada ibunya untuk mengecap kebahagiaan selepas melalui pelbagai dugaan hidup.Anak trauma, buntu ibu mahu kahwin kali ketiga.Hasrat ibu berkahwin lagi buat anak serba salah.Trauma perkahwinan ibu, anak tak sanggup hadir majlis.Anak reda ibu kahwin, namun enggan terlibat.Luahan anak undang perhatian, trauma halang raikan bahagia ibu.Ringkasan ini dijana oleh AISelain itu, ada juga mengingatkan supaya keluarga terlebih dahulu memastikan bakal suami ibunya benar-benar ikhlas dan bukan individu mengambil kesempatan."Mak saya kahwin kali kedua masa umur dia 56 tahun. Saya siap belikan baju, upah jurufoto untuk raikan sebab mak dah lalui hidup yang cukup serabut dengan ayah. "Doa seorang anak pun penting untuk kebahagiaan mak dia. Sampai sekarang mereka pasangan kekasih yang saling menyayangi macam baru berkahwin."Bincang dulu, betul ke dia nak kahwin. Lelaki ini stabil ke kewangan atau scammer? Jangan fikir cinta atau nafsu je. Kalau semuanya meyakinkan, lepaskanlah dia mencari kebahagiaan," komen beberapa netizen.