suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kakak sulung bimbang tengok adik lelaki terlalu dimanjakan, umur 19 tahun tapi tak reti buat kerja rumah - “Harap badan je besar”

Anak lelaki tidak sepatutnya dimanjakan sehingga mereka menjadi insan yang pemalas. -Gambar hiasan AI

SIKAP segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak lelaki boleh menjadi punca mereka membesar sebagai individu pemalas.

Menurut seorang wanita, dia kini berdepan situasi itu apabila adik lelakinya langsung tidak mahu membantu melakukan kerja-kerja asas dalam rumah mereka.

"Adik lelaki aku yang berusia 19 tahun ni sangat bermasalah. Hanya dia seorang anak lelaki dalam keluarga kami. Langsung tak reti apa-apa.

Kerja rumah tidak sepatutnya dilakukan oleh anak perempuan sahaja. -Gambar hiasan AI

"Dia basuh pinggan sendiri je walaupun ada pinggan orang lain dalam singki. Dia juga tak pernah sidai kain. Baju dia ayah yang basuh, kemudian kami pula kena sidai.

"Bab kerja rumah tak payah sembang la. Nak suruh buang sampah pun tak bergerak. Sepatutnya umur macam ni kena la tahu perkara asas," luahnya.

Wanita itu turut meluahkan rasa bimbang mengenangkan masa depan adiknya sekiranya dia mahu mendirikan rumah tangga suatu hari nanti.

  • Wanita kongsi cerita tentang adik lelakinya yang pemalas walaupun sudah berusia 19 tahun.
  • Adiknya terlalu dimanjakan sepanjang membesar sehingga dia menjadi seorang yang pemalas.
  • Wanita itu bimbang dengan masa depan adiknya serta nasib bakal isterinya suatu hari nanti.
  • Netizen berpendapat masalah itu berlaku kerana adiknya terlalu dimanjakan dan tidak pernah ditegur.

"Sepatutnya usia sekarang dia kena tahu buat kerja rumah, lapah daging, baca doa untuk majlis dan sebagainya. Tapi dia tak matang. Harap badan je besar.

"Sebagai kakak sulung, aku rasa salah sebab tak tunjuk contoh baik dulu. Dia nak kahwin nanti, aku akan maklumkan perangai sebenar dekat bini dia. 

"Nak minta semua doakan supaya adik aku jadi matang dan mampu berubah sebagai lelaki yang boleh pimpin keluarga," ujarnya lagi di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN: Dahlah pemalas, kaki pukul pula! Suami ‘biawak hidup’ ugut sebar video intim, guna taktik kotor enggan cerai

ARTIKEL BERKAITAN: Kakak meluat perangai adik perempuan... Umur dah dekat 30 tapi pemalas, suka terperap dalam bilik main ‘game’

Hantaran yang dimuat naik wanita itu turut mengundang pelbagai reaksi netizen.

"Benda ni bukan bermula masa dia umur 19, tapi didikan sejak awal lagi dah bermasalah. Nak melentur, biarlah dari awal.

"Dia jadi bermasalah sebab dari kecil tak ditegur dan terlalu dimanjakan. Semua mak ayah dan kakak yang buat.

"Dia masih tersekat di alam remaja. Dia masih tak sedar tanggungjawab sebagai lelaki," tulis netizen.

Artikel Lain