Amalan memandikan anak dengan campuran air lemon sebenarnya turut memiliki risiko penyakit terhadap si kecil. -Gambar hiasan AI
IBU bapa mana yang tak risau kalau anak demam?Selain ubat-ubatan hospital, pasti macam-macam cara dicuba asalkan suhu badan anak cepat turun dan si kecil kembali ceria. Ini termasuk mencuba pelbagai petua tradisional yang diamalkan orang-orang lama.Antara amalan popular yang masih diamalkan adalah memandikan anak dengan air lemon kerana ia dipercayai dapat membantu menurunkan suhu badan anak.Malah kepercayaan terhadap keberkesanan amalan tersebut cukup kuat sehingga ia tetap diteruskan walaupun ada pakar perubatan yang tidak menyarankan kaedah tersebut.Bagaimanapun, di sebalik dakwaan kaedah itu mujarab, sebenarnya ada risiko perlu diketahui tentang amalan tersebut.Larangan doktor itu juga bukan tanpa sandaran kerana ia mempunyai kesan terhadap kesihatan anak.Menerusi perkongsian Public Health Malaysia ia menjelaskan penggunaan lemon sebenarnya berpotensi mendedahkan kanak-kanak terhadap implikasi radang kulit.Ini kerana kulit bayi dan kanak-kanak jauh lebih sensitif, dan sangat mudah terdedah berbanding orang dewasa."Lemon boleh cause irritant contact dermatitis, terutamanya kulit bayi dan kanak-kanak yang lebih lembut. "Boleh jadi pedih, merah, gatal. Lepas kena lemon dan cahaya matahari, ada juga risiko phytophotodermatitis, iaitu yang berupa reaksi macam kulit terbakar."Nak bagi demam kebah, jangan sampai masalah lain pula datang," jelas kenyataan tersebut.Panduan mudah hadapi anak demamTerdapat beberapa panduan mudah dan selamat boleh dilakukan ibu bapa sekiranya anak mengalami demam.Malah amalan ini biasa dipraktikkan di wad hospital untuk menguruskan kanak-kanak yang mengalami demam panas.- Cek suhu badan anak dan catat masa ia diambil.- Berikan ubat demam mengikut dos dan suhu. Bagi bacaan di bawah 38 darjah Celcius boleh diberi ubat jenis sirap, manakala 38 darjah Celcius ke atas disarankan menggunakan ubat rektum (bontot).- Lakukan proses tepid sponging atau mandikan anak dengan air suam biasa.- Cek semula suhu selepas 30 minit sebanyak dua kali (biasanya suhu akan mula turun, dan kembali normal dalam masa satu hingga dua jam).- Pastikan ubat diberikan mengikut jadual tetap setiap enam jam.- Di sela-sela tempoh enam jam tersebut, sekiranya suhu tiba-tiba naik kembali, jangan teruskan pemberian ubat bagi mengelak risiko overdose, sebaliknya ulangi kaedah tepid sponging atau mandikan anak.