JEREBU yang sedang melanda Malaysia bukan sahaja menjejaskan kualiti udara, malah turut menimbulkan kebimbangan terhadap kesihatan orang ramai.Menurut seorang lelaki, dia terkena jangkitan paru-paru yang didakwa berpunca daripada pendedahan kepada jerebu ketika melakukan aktiviti di luar rumah. "Aku dah kena jangkitan paru-paru disebabkan jerebu masa latihan di luar. Sekarang dah batuk hampir seminggu setengah dan kahak pun dah mula ada kesan darah."Sekarang tunggu keputusan imbasan X-ray dan sampel kahak di hospital," ujarnya.Lelaki itu turut berpesan kepada orang ramai supaya menangguhkan aktiviti fizikal di luar rumah bagi mengelakkan sebarang risiko terhadap kesihatan diri."Kepada sesiapa yang merancang nak berlari, joging atau melakukan apa-apa aktiviti luar, tolong tangguhkan dulu dan lakukan senaman atau latihan di dalam rumah sebagai alternatif.Pemakaian pelitup muka digalakkan ketika berada di luar rumah sewaktu musim jerebu. -Gambar hiasan"Tolong jaga kesihatan anda semua. Jerebu ini bukan perkara main-main. Jaga diri," tulis lelaki itu menerusi aplikasi Threads.Jumpa doktor jika batuk makin terukMenurut laman web Doctor Anywhere, jerebu boleh menyebabkan kerengsaan pada saluran pernafasan sehingga mencetuskan batuk dan perubahan pada corak pernafasan.Dalam kebanyakan kes, gejala yang dialami adalah ringan dan akan reda dengan rehat serta mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.Bagaimanapun, batuk berpanjangan ketika jerebu mungkin menandakan seseorang perlu mendapatkan pemeriksaan perubatan, terutama jika gejala terus berlarutan atau semakin teruk.Berikut tiga tanda anda mungkin perlu mendapatkan pemeriksaan doktor1. Sekiranya mengalami batuk selama seminggu atau lebih, anda disarankan mendapatkan pemeriksaan doktor. Gejala yang berpanjangan mungkin menunjukkan:- Keradangan saluran pernafasan yang berterusan- Jangkitan sekunder- Asma yang semakin teruk- Saluran pernafasan yang sensitif terhadap bahan pencemarSegera dapatkan rawatan jika gejala yang dialami semakin teruk. -Gambar hiasan2. Wheezing ialah bunyi nyaring yang kedengaran ketika bernafas dan menandakan saluran pernafasan mengalami penyempitan.Gejala ini merupakan tanda amaran yang memerlukan pemeriksaan perubatan dengan segera. Jangan tunggu sehingga gejala pernafasan menjadi lebih teruk sebelum mendapatkan rawatan.3. Dada terasa ketat ketika jerebu mungkin berlaku akibat kerengsaan saluran pernafasan atau bronkospasme, iaitu keadaan apabila otot di sekitar saluran pernafasan mengecut.Bagaimanapun, ketidakselesaan dada yang berterusan atau semakin teruk perlu diperiksa oleh doktor bagi mengenal pasti atau menolak kemungkinan:- Asma yang semakin teruk- Gangguan pada saluran pernafasan bahagian bawah- Punca lain yang melibatkan jantung dan paru-paruPemeriksaan fizikal dapat membantu doktor mengenal pasti punca sebenar keadaan tersebut.