suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ingat rezeki ‘terpijak’ dapat minum percuma, suspek kes rompak kedai kopi akhirnya masuk perangkap!

Suspek berjaya ditangkap dengan bantuan orang ramai. -Gambar hiasan

TINDAKAN berani seorang pemilik kedai kopi mengajak lelaki yang disyaki memecah masuk premis perniagaannya untuk duduk semeja sambil menikmati minuman akhirnya membawa kepada penahanan suspek di sebuah restoran di Pantai Jomtien, Thailand.

Menurut Kanyanat Khantahong, 27, dia terserempak dengan lelaki berkenaan pada Ahad sebelum mengecamnya sebagai individu yang dipercayai memecah masuk kedai kopinya pada awal 1 Ogos lalu.

Berdasarkan laporan Pattaya Mail, kejadian pecah masuk di CC Smile Coffee di Pattaya Third Road itu menyebabkan kerugian melebihi 40,000 baht (kira-kira RM5,000).

Bagaimanapun, wanita terbabit tidak bertindak secara terburu-buru atau bersemuka dengan lelaki itu secara langsung.

Sebaliknya, dia mengajak suspek duduk di mejanya dan memesan bir untuknya bagi mengelakkan lelaki itu berasa curiga.

Ketika berbual, Kanyanat turut membincangkan mengenai pampasan bagi barangan yang hilang sebelum secara senyap meminta pihak restoran menghubungi polis.

Tidak lama kemudian, anggota polis dari Balai Polis Bandar Pattaya tiba di lokasi dan menahan lelaki berusia 42 tahun itu dengan bantuan beberapa individu yang berada di situ.

Kanyanat berkata kejadian itu memberi kesan besar kepadanya kerana kedai kopi berkenaan merupakan perniagaan yang diusahakannya bersama seorang rakan dan ia amat bermakna buat mereka.

Kehilangan peralatan perniagaan akibat kejadian itu turut menyebabkan kedai berkenaan terpaksa ditutup.

Semakan polis mendapati lelaki yang dikenal pasti sebagai Patcharaphon itu turut mempunyai waran tangkap berkaitan kes kecurian lain. -Agensi

Artikel Lain