PELAKON Bollywood Tiger Shroff berdepan detik cemas apabila kereta dinaikinya menjadi sasaran tembakan beberapa individu tidak dikenali dalam kejadian di Juhu, Mumbai, India pada malam Ahad.Dalam kejadian kira-kira pukul 7 hingga 7.30 malam itu, Tiger, 36, dilaporkan terselamat tanpa sebarang kecederaan, namun pemandunya cedera dan terpaksa dikejarkan ke Hospital Nanavati bagi mendapatkan rawatan.Kereta yang dinaiki Tiger pada malam kejadian. Memetik laporan, kejadian berlaku ketika pelakon berkenaan sedang meninggalkan sebuah padang bola sepak di kawasan Pushpa Park.Difahamkan, suspek melepaskan antara empat hingga lima das tembakan ke arah kereta jenis BMW yang dinaiki Tiger.Pihak polis Mumbai dalam satu kenyataan mengesahkan pelakon berkenaan berada dalam keadaan selamat dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat.ARTIKEL BERKAITAN: Ada plot twist! Kakak dakwa Aron Ashab kaki botol, ‘hilang‘ enam bulan masuk pusat pemulihanARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy ditukar penjara akibat bergaduh, banduan lain pertikai layanan istimewa diterima"Pelakon Tiger Shroff berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan akibat tembakan. Siasatan lanjut sedang dijalankan," menurut kenyataan itu.Sementara itu, kumpulan gengster Lawrence Bishnoi dilaporkan mengaku bertanggungjawab terhadap serangan tersebut menerusi dua anggotanya yang dikenali sebagai Anil Pandit dan Harman Sandhu.Serangan itu didakwa berpunca daripada tindakan Tiger yang mengabaikan amaran supaya tidak bekerjasama dengan pelakon Salman Khan.