suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

P. Diddy ditukar penjara akibat bergaduh, banduan lain pertikai layanan istimewa diterima

Pihak mewakili P. Diddy bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

PENYANYI rap, P. Diddy dilaporkan dipindahkan ke penjara lain selepas didakwa terbabit dalam pergaduhan dengan seorang banduan.

Memetik laporan TMZ, Diddy atau nama sebenarnya Sean John Combs, 56, yang sebelum ini menjalani hukuman di Penjara Persekutuan FCI Fort Dix di New Jersey, Amerika Syarikat, kini dilaporkan berpindah ke FCI Allenwood di Pennsylvania.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak mendedahkan sebab sebenar perpindahan penyanyi itu ke penjara berkenaan.

Diddy dipercayai menerima layanan istimewa semasa di penjara.

Namun ia dipercayai Diddy sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan selepas bergaduh dengan seorang banduan lain yang didakwa merupakan ketua kumpulan dadah dari Jamaica dikenali sebagai Dudus.

Menurut laporan media, pergaduhan itu dipercayai tercetus akibat rasa tidak puas hati banduan lain terhadap layanan istimewa yang diterima Diddy sepanjang berada di penjara.

Dia turut dikaitkan dengan dakwaan memiliki akses kepada telefon bimbit yang tidak dibenarkan, alkohol serta menerima urutan daripada banduan lain.

Malah, Diddy juga didakwa membayar banduan lain untuk menyediakan makanan istimewa dan membersihkan tempat tinggalnya.

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy mahu ambil tindakan undang-undang, saman individu tuduh lakukan serangan seksual

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran

Dakwaan berkenaan dipercayai mencetuskan pemeriksaan oleh pihak penjara sehingga beberapa telefon bimbit milik banduan dirampas.

Susulan insiden itu, Diddy dilaporkan kehilangan 41 hari kredit kelakuan baik yang boleh membantu mengurangkan tempoh hukumannya.

Bagaimanapun, Biro Penjara Persekutuan Amerika Syarikat menafikan laporan bahawa Diddy terbabit dalam pergaduhan dengan seorang ketua kumpulan dadah.

Pada 2025, Diddy dijatuhi hukuman penjara selama empat tahun serta denda AS$500,000 (kira-kira RM2.35 juta) selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan berkaitan pengangkutan individu merentasi sempadan negeri bagi tujuan pelacuran melibatkan bekas teman wanitanya.

Artikel Lain