suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

P. Diddy mahu ambil tindakan undang-undang, saman individu tuduh lakukan serangan seksual

Diddy didakwa atas kesalahan salah laku seksual terhadap kanak-kanak.

PENYANYI rap, P. Diddy dilaporkan akan mencabar saman terbaharu yang mendakwa dirinya terbabit dalam kes salah laku seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.

Perkara itu dimaklumkan oleh jurucakap, Juda Engelmayer yang menegaskan semua tuduhan tersebut adalah tidak berasas dan direka semata-mata.

"Ini adalah satu pembohongan dan rekaan sepenuhnya. Diddy tidak pernah melakukan serangan seksual terhadap sesiapa," katanya kepada TMZ.

Diddy menegaskan semua tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Diddy menegaskan semua tuduhan tersebut adalah tidak berasas.

Dalam pada itu, Engelmayer turut menyatakan pihak Diddy akan menggunakan segala saluran undang-undang untuk mempertahankan diri serta memastikan pihak yang menyebarkan dakwaan palsu tersebut akan menerima akibat. 

Sumber rapat dengan Diddy pula menjelaskan kenyataan itu merujuk kepada tindakan undang-undang yang bakal diambil terhadap pihak yang menuduhnya.

Untuk rekod, saman yang difailkan oleh seorang individu dikenali sebagai John Doe mendakwa dia pernah menjadi pelakon kanak-kanak ketika insiden didakwa berlaku sekitar tahun 2007 di sebuah parti di Hollywood.

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy didapati bersalah atas dua tuduhan pelacuran

ARTIKEL BERKAITAN: P. Diddy dapat ‘kerja’ baharu, sibuk cuci baju kotor dalam penjara

Dalam tuntutan tersebut, mangsa yang kini sudah dewasa mendakwa Diddy melakukan perbuatan tidak senonoh termasuk menyentuh badan dan melakukan seks oral terhadapnya ketika dia masih di bawah umur.

Plaintif turut menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan jumlahnya, selain menamakan beberapa ejen yang didakwa gagal melindunginya ketika kejadian berlaku.

Kes ini kini menjadi perhatian umum dan dijangka akan diteruskan ke peringkat perbicaraan di mahkamah.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain