suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kerjaya musnah akibat skandal... Pelakon terpaksa jadi pekerja buruh, cuci kereta teruskan hidup

Cheol Ho menyesal dengan perbuatannya.

PELAKON Choi Cheol Ho terpaksa melalui perubahan hidup yang drastik selepas terpalit dengan skandal yang menjejaskan kerjayanya lebih sedekad lalu.

Cheol Ho, 56, berkata dia kini terpaksa melakukan dua kerja demi menyara kehidupannya bersama keluarga.

Kata Cheol Ho, pada waktu malam dia akan berkerja sebagai pekerja buruh di gudang selain melakukan kerja sambilan sebagai pencuci kereta di siang hari.

Cheol Ho tinggal bersama rakan-rakan di bilik yang sempit.

Malah dia sebelum ini pernah mencuba pelbagai jenis pekerjaan selepas kurang menerima tawaran berlakon.

"Pada mulanya kerja ini sangat sukar sehingga tangan saya membengkak, namun saya perlu meneruskannya demi mencari rezeki," katanya dalam satu temubual di televisyen.

Tidak hanya itu, dia juga mempunyai hutang yang menimbun disebabkan kegagalan beberapa perniagaannya akibat kesan pandemik sekali gus membuatkan hutangnya meningkat naik.

Disebabkan masalah kewangan itu juga, dia tidak tinggal sebumbung dengan isterinya yang kini menetap bersama keluarga mentua.

ARTIKEL BERKAITAN: Rihanna trauma insiden rumah ditembak, masih rasa tak selamat

ARTIKEL BERKAITAN: Tak malu kongsi kisah peribadi, pelakon wanita dedah ‘petua’ hubungan jarak jauh

Namun dia masih menjalankan tanggungjawab dengan baik malah sebahagian besar pendapatan yang diperoleh akan disalurkan kepada keluarganya bagi menampung perbelanjaan harian.

Dalam masa sama, dia turut berasa menyesal dengan insiden yang pernah mencetuskan kontroversi sehingga memberi kesan besar terhadap kehidupan dan kerjayanya.

"Saya sedar setiap tindakan mempunyai akibat. Apa yang berlaku menjadi pengajaran besar dalam hidup saya," ujarnya.

Untuk rekod, Choi pernah menjadi antara pelakon popular Korea Selatan sebelum kerjayanya merudum selepas terbabit dalam kes serangan terhadap seorang pelakon wanita junior pada 2010.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain