SEORANG wanita menjadi bualan netizen selepas mendakwa tersalah memindahkan wang berjumlah 46 juta rupiah (kira-kira RM10,000) ke akaun milik penyanyi Anang Hermansyah.Menerusi perkongsian di Threads pada Khamis, wanita yang menggunakan nama akaun @feicywarouw berkata wang tersebut sepatutnya digunakan untuk membayar yuran persekolahan dua orang anaknya bagi tempoh setahun. Menurutnya, kesilapan itu berlaku ketika dia melakukan transaksi perbankan dalam talian dalam keadaan tergesa-gesa.Anang diminta untuk kembalikan wang kepada wanita yang mendakwa tersalah membuat transaksi wang. "Saya tersalah transfer daripada Livin' Mandiri ke BCA untuk membayar yuran sekolah anak-anak. Disebabkan cuai dan terburu-buru, wang itu masuk ke akaun lain," katanya.Dalam pada itu, Feicy menjelaskan bahawa wang berkenaan dihantar melalui perkhidmatan BI Fast ke akaun BCA atas nama 'Hijau Hermansyah IND'.Katanya, nombor akaun tersebut tersimpan dalam senarai penerima kerana dia pernah membeli produk kosmetik milik keluarga Anang dan isterinya, Ashanty sekitar enam tahun lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Sebulan Anang Hermansyah tak makan nasi, seronok perut dah tak buncitARTIKEL BERKAITAN: Pernah minta cerai depan anak-anak Anang, Ashanty menyesal sampai sekarang"Yang mengelirukan, akaun itu tersimpan menggunakan nama saya sendiri, menyebabkan saya tidak menyedari kesilapan tersebut," ujarnya.Susulan insiden itu, Feicy telah menghubungi pihak Bank Mandiri dan BCA bagi mendapatkan bantuan untuk menjejaki transaksi berkenaan.Malah, dia turut menghantar mesej peribadi kepada Anang, Ashanty dan anak mereka, Aurel Hermansyah menerusi media sosial dengan harapan dapat menghubungi pemilik akaun tersebut.Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTubeTONTON VIDEO PILIHAN!