suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebulan Anang Hermansyah tak makan nasi, seronok perut dah tak buncit

Anang mahu amalkan gaya hidup sihat.

PENYANYI dan komposer terkenal dari Indonesia, Anang Hermansyah mengakui sudah sebulan tidak menjamah nasi.

Menurut laporan Kompas, Anang mendedahkan dia hanya makan sayur-sayuran, buah-buahan dan telur separuh masak sebagai rutin harian pemakanannya setiap hari.

Gara-gara diet ketat yang dilakukan itu, dia berjaya mengurangkan berat badan sebanyak tujuh kilogram.

"Saya tak makan nasi sejak balik dari Turki sampailah sekarang, dah masuk sebulan lebih, berat badan saya sekarang 61 kilogram," katanya.

Lebih membuatkan dia gembira apabila perutnya juga sudah tidak kelihatan buncit lagi.

"Dah tak ada perut, betul-betul hilang perutnya," ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada Ashanty ini memberitahu dia mengamalkan diet itu kerana mahu menjaga kesihatan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain

Pengarah Labu meninggal dunia