suria

Taylor Swift bengang dituduh bukan penulis lirik sebenar, Damon Albarn mohon maaf salah cakap

Taylor kurang senang dengan kenyataan Albarn.

PENYANYI Taylor Swift menyelar kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi dan komposer Damon Albarn yang mengatakan dia bukan seorang penulis lirik sebenar.

Marah dengan kenyataan itu, Swift menulis satu hantaran di Twitter, menjelaskan dia adalah penulis sebenar untuk lagu-lagu dalam album sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Taylor Swift bakal berdepan perbicaraan kes tuntutan hak cipta, isu dakwaan lagu ‘Shake It Off’ guna lirik ciplak belum selesai

"Saya adalah peminat anda, sehinggalah dapat tahu hal ini.

"Saya cipta semua lagu sendiri.

"Awak tidak perlu suka dengan lagu-lagu saya, cuma jangan menidakkan hasil kerja saya.

"Untuk pengetahuan awak, saya yang tulis sendiri tweet ini,"jelas Swift.

Terdahulu dalam satu temubual bersama Los Angeles Times, Albarn berkongsi pendapat bahawa Swift sekadar pembantu dalam menulis lagu-lagunya.

Albarn kemudian memohon maaf atas keterlanjuran kata dan komen yang tidak sepatutnya.

"Saya setuju sepenuhnya dengan awak.

"Saya mohon maaf dengan sepenuh hati. Tak mungkin saya menidakkan hasil kerja awak. Saya harap awak memahami," tulis Albarn. - USWEEKLY

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Taylor Swift. Damon Albarn

Artikel Berkaitan

Artikel Lain