suria

Masih membujang di usia 56 tahun, Salman Khan takut cinta ditolak

Salman Khan takut cinta ditolak.

KISAH peribadi pelakon terkenal Bollywood Salman Khan sering menjadi perhatian peminat dan netizen di laman sosial.

Rata-ratanya tertarik untuk mengetahui siapakah wanita yang bakal menjadi suri hati aktor berusia 56 tahun ini.

Menurut laporan Tabloid, Salman sebelum ini pernah mendedahkan dia pernah menyukai seorang wanita namun impiannya untuk berumah tangga tidak kesampaian kerana beberapa faktor.

"Saya rasa takut... takut (cinta) ditolak. Saya tak mahu kehilangan dia, sebagai kawan, sahabat dan rasa ditolak. Saya belum bersedia untuk hal itu," katanya.

Luahan Salman itu membuat ramai peminat tertanya-tanya siapakah wanita yang dimaksudkan itu.

Meskipun tidak menyebut nama, namun pelakon filem Bajrangi Bhaijaan ini hanya menyebut wanita itu telah berkeluarga dan memiliki anak.

Untuk rekod, Salman sebelum ini pernah menjalinkan hubungan istimewa dengan beberapa selebriti terkenal Bollywood, namun cinta mereka terkandas di tengah jalan.

Antara yang menjadi perbualan hangat peminat ialah kisah cinta Salman dengan Aishwarya Rai pada tahun 2000 yang putus akibat sikap panas baran.

Selepas beberapa kali gagal dalam perhubungan, dikhabarkan Salman memilih untuk tidak berumah tangga kerana bimbang jika perkahwinannya itu hanya akan berakhir dengan penceraian.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain