suria

Cha Hak Yeon kurangkan sikap 'perfectionist' sejak jadi pelakon

Hak Yeon cuba bersikap terbuka

ANGGOTA kumpulan VIXX, Cha Hak Yeon mengakui dia seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan dalam setiap kerja.

Bagaimanapun apabila semakin aktif berlakon Hak Yeon cuba mengurangkan sikap tersebut dan lebih terbuka menerima pandangan sekeliling.

ARTIKEL BERKAITAN: Adik sepupu meninggal dunia akibat kecuaian pemandu mabuk, ini pesanan VIXX Hyuk

“Saya seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Untuk kepuasaan diri sendiri saya mahu sesuatu perkara terjadi seperti yang dirancang.

“Saya akan rasa gementar jika tidak bersedia.

“Bagaimanapun sekarang ini saya semakin percaya dengan situasi di set penggambaran.

“Saya lebih suka melihat apa yang berlaku di sekeliling dan ikutkan sahaja,” ujar Hak Yeon.

hak yeon

Semakin suka dengan dunia lakonan

Bintang drama Bad And Crazy ini juga memberitahu bidang lakonan telah membuat dia lebih mengenali diri sendiri.

“Saya mula kenal diri sendiri dan mempunyai banyak personaliti. Saya bangga dengan sikap terbuka diri sendiri.

“Saya cuba menunjukkan siapa saya yang sebenar dan bersikap jujur,” jelasnya. -SOOMPI

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

TONTON VIDEO PILIHAN!

VIXX, Cha Hak Yeon, Bad And Crazy

Artikel Lain