suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Adik sepupu meninggal dunia akibat kecuaian pemandu mabuk, ini pesanan VIXX Hyuk

VIXX Hyuk pernah kehilangan adik sepupunya disebabkan kemalangan bersama pemandu mabuk.

SALAH seorang kumpulan VIXX iaitu Hyuk tegas menentang individu yang memandu dalam keadaan mabuk selepas dia kehilangan adik sepupunya tahun lalu.

Menerusi perkongsian Hyuk atau nama sebenarnya Han Sang-Hyuk di instastory, dia menyeru orang ramai untuk tidak memandu dalam keadaan mabuk.

"Jangan pernah minum (alkohol) dan memandu," tulisnya.



Perkongsian Hyuk di Instasory miliknya.

Agensi Hyuk VIXX pada Rabu, berkata bahawa adik sepupu penyanyi tersebut menjadi mangsa pemandu mabuk pada tahun 2020 lalu.

Pelaku dilaporkan berada di bawah pengaruh alkohol dengan kadar 0.124 dalam darah. Lesen memandu turut ditarik dan tuntutan penjara tujuh tahun.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Namun, mahkamah hanya menjatuhkan tiga tahun hukuman penjara dengan alasan pelaku telah menyesal.

Sementara itu, keluarga mangsa juga telah mengajukan petisyen kepada kerajaan supaya membuka mata terhadap apa yang terjadi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain