suria

Dakwa dieksploitasi bapa, Justin Timberlake simpati nasib Britney Spears - “Walaupun kami ada kisah lampau tidak berapa baik tapi...”

Justin Timberlake simpati dengan kehidupan peribadi Britney Spears.

PENYANYI Justin Timberlake menyatakan sokongan terhadap bekas kekasihnya, Britney Spears susulan kes mahkamah melibatkan penyanyi wanita tersebut dengan bapa kandungnya, Jamie Spears.

Justin, 41, menulis di laman Twitter berkata, semua pihak harus menyokong apa yang diperjuangkan Britney, 40, kerana dia telah berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran sejak mula memasuki dunia glamor lebih dua dekad lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pecah rahsia Britney Spears ketika mereka bercinta, Justin Timberlake mohon maaf

"Saya dan isteri, Jessica Biel memberikan sokongan penuh terhadap Britney. Selepas apa yang kita tengok (berita) hari ini, semua pihak harus memihak kepadanya.

"Walaupun saya ada kisah masa lampau yang tidak berapa baik dengan Britney sebelum ini... tapi apa yang terjadi padanya memang sesuatu yang tidak patut.

"Sepatutnya tiada mana-mana wanita yang boleh dilarang untuk berbuat apa sahaja pada tubuh badan mereka," kata Justin.

Britney pada Rabu tampil memberikan keterangan terhadap bapanya yang didakwa telah menyalahgunakan kuasa sebagai penjaga kepada semua akses kewangan dan jadual kerjanya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dalam prosiding tersebut, Britney turut berkata, dia seperti didera secara mental oleh bapanya sendiri sejak dari tahun 2008 apabila Jamie mengawal ketat segala urusan kewangan anaknya itu sehingga menyebabkan Britney mengalami tekanan perasaan.

Selain itu, bapanya juga memaksa Britney memasukkan alat pencegah kehamilan IUD agar penyanyi tersebut tidak boleh mempunyai anak biarpun hatinnya meronta mahu membina keluarga bersama teman lelaki, Sam Asghari.

Susulan itu, penyanyi lagu Toxic itu memohon agar pihak mahkamah dapat membebaskannya daripada 'cengkaman' Jamie yang telah mengawal aset dan kekayaan miliknya, dianggarkan bernilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu. - Hollywoodlife

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain