suria

Sahabat baik bocor rahsia... Rossa selalu keluar duit untuk Afgan ketika cuti bersama

Rossa tak kedekut keluarkan belanja semasa bercuti bersama Afgan.

HUBUNGAN akrab penyanyi Datuk Seri Rossa dan Afgan sudah lama diketahui oleh sahabatnya yang juga merupakan pelakon dan pereka fesyen iaitu Ivan Gunawan.

Berkongsi cerita mengenai persahabatan dua penyanyi itu, Ivan mendedahkan Afgan tidak pernah mengeluarkan wang belanja ketika mereka bercuti bersama Rossa.

"Tahu tak paling seronok keluar bercuti dengan Ocha (nama panggilan Rossa)... sebab kalau keluar dengannya saya tak pernah keluarkan duit, Afgan pun tak pernah keluar duit," kata Ivan dalam satu rakaman podcast bersama Rossa, baru-baru.

Mendengar kenyataan Ivan itu, Rossa hanya ketawa namun memberitahu apa yang dikatakan oleh Ivan itu adalah salah.



Ivan (kanan) dedah rahsia mengenai hubungan Rossa dan Afgan.

"Sedap saja, itu fitnah ya, sekali-sekala saja (Rossa belanja Afgan)," jawabnya.

Menafikan dirinya berbohong, Ivan berkata dia melihat sendiri Rossa sering mengeluarkan duit dan membayar barangan yang dibeli Afgan ketika bercuti.

"Tak (tipu)... pergi beberapa kali sama mami (Rossa) dan sama Afgan, dia tak pernah keluarkan dompet," kata Ivan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Terdiam mendengar pendedahan itu, Rossa berkata dia hanya membayarkan terlebih dahulu dan kemudian wang itu diganti semula oleh Afgan.

"Kan boleh bayar balik nanti," jawab Rossa.

SUMBER: Liputan6

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain