suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anang masuk hospital sebab sakit batu karang, bukan Covid-19!

Anang jalani pembedahan akibat penyakit batu karang.

PENYANYI Ashanty menafikan dakwaan yang mengatakan suaminya, penyanyi dan komposer Anang Hermansyah dimasukkan ke hospital kerana positif Covid-19.

Sebaliknya, Ashanty, 37, menjelaskan suaminya dimasukkan ke wad di sebuah pusat perubatan di Jakarta kerana menjalani pembedahan penyakit batu karang.

"Terima kasih di atas doanya, Anang masuk hospital bukan kerana Covid tapi sebab penyakit batu karang," katanya.

Anang berkongsi gambar di laman Instagramnya.

Anang, 52, sebelum itu berkongsikan gambar di laman Instagram memaparkan dirinya berada di katil wad sambil menulis kapsyen meminta Ashanty mendoakan kesejahteraannya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Ashanty doakan ya sayang," tulisnya.

Selain Anang, anak tiri Ashanty, Azriel turut dimasukkan ke wad tapi dikhabarkan hanya mengalami demam biasa.

"Anak sakit, suami sakit, saya harus kuat," luah Ashanty di InstaStory. - Detik.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain