suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Song Kang amalkan diet demi kejar cita-cita berdagu runcing - “Berat saya turun 5 kg”

Song Kang sanggup mengamalkan diet semata-mata untuk kelihatan seperti watak webtoon.

BAGI menjayakan karakter baharunya, pelakon Song Kang sanggup mengamalkan diet demi menurunkan berat badan sebanyak lima kilogram agar kelihatan sama seperti watak dalam webtoon untuk K-drama baharu berjudul Nevertheless.

Menurut pelakon berusia 27 tahun itu dia mahu kelihatan kurus sama sebagaimana watak itu dilukis di webtoon.

"Ketika saya membaca webtoon, saya fikir Jae-eon (watak saya) kelihatan seperti lelaki yang baik tetapi dia mempunyai karakter yang cool.

Song Kang dan Han So Hee berganding dalam K-Drama Nevertheless

"Jadi saya ingin memastikan saya boleh menonjolkannya dengan baik menerusi diet.

"Oleh itu saya berjaya menurunkan berat badan sekitar lima kilogram," ujarnya pada sesi sidang media secara maya oleh StarLifestyle.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Sementara itu pengarah Kim Ga-ram berkata dia kagum dengan tahap komitmen yang ditunjukkan Song dan pasangannya Han So-hee sepanjang penggambaran.

"Kedua-dua pelakon berusaha untuk selarikan realiti mereka dengan watak yang berasal dari webtoon.

"Walaupun diberitahu agar mereka tidak perlu kelihatan serupa, tetapi mereka benar-benar berusaha untuk merealisasikannya," katanya,

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain