suria

SEVENTEEN terpaksa tangguh promosi mini album, dua pekerja positif Covid-19

Seventeen turut melakukan ujian calitan selepas dua pekerja dijangkiti Covid-19.

HASRAT kumpulan SEVENTEEN untuk mempromosikan kemunculan semula mereka terpaksa ditangguhkan apabila dua orang pekerja yang terlibat dalam pembikinan mini album disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan Pledis Entertainment, aktiviti untuk mempromosikan mini album terbaharu SEVENTEEN berjudul Your Choice terpaksa dihentikan buat sementara waktu.

Pihak mereka mengetahui dua pekerja yang terlibat dijangkiti Covid-19 selepas mereka menjalani ujian calitan pada Khamis dan Jumaat lalu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Selepas mengetahui keputusan itu, semua ahli SEVENTEEN turut melakukan ujian calitan dan keputusannya adalah negatif.

"Kami terpaksa menangguhkan aktiviti promosi kemunculan semula SEVENTEEN memandangkan terdapat dua pekerja yang disahkan positif Covid-19 pada Khamis dan Jumaat lalu.

"Selepas mengetahui perkara itu, semua anggota SEVENTEEN turut melakukan ujian calitan dan keputusan mereka adalah negatif," tulis kenyataan tersebut. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain