suria

Song Joong Ki lebih suka watak mafia Vincenzo daripada karakter askar DOTS

Vincenzo dan DOTS, dua drama popular lakonan Song Joong Ki.

PELAKON popular Korea Selatan, Song Joong Ki mengakui sukar untuknya memilih di antara watak dalam dua drama popular lakonannya iaitu Vincenzo dan Descendants of the Sun (DOTS).

Dalam Vincenzo, Joong Ki, 35, melakonkan watak mafia manakala DOTS dia memainkan karakter seorang askar yang sama sekali berbeza haluan dan gaya hidup.

"Saya rasa dua-dua watak ini ada persamaan daripada seni mempertahankan diri. Tapi Si Jin (watak Joong Ki dalam DOTS) masih lagi terikat dengan peraturan dan undang-undang.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Manakala Vincenzo langsung tidak takut untuk langgar undang-undang dan ikut sahaja apa yang dia rasakan betul.

"Kalau dua watak ini saling berlawan di antara satu sama lain, saya rasa Vincenzo yang akan menang," katanya menjawab pertanyaan peminat ketika ditanya dalam sebuah program bual bicara baru-baru ini.

Bekas suami kepada pelakon Song Hye Kyo ini memulakan karier lakonannya sejak 13 tahun lalu. - Soompi

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain